Petang-petang memancing tenggiri,
Memancing tenggiri dipantai Penarik,
Negeri Terengganu tersohor kini,
Tempat cantik budaya menarik.
Memancing tenggiri dipantai Penarik,
Negeri Terengganu tersohor kini,
Tempat cantik budaya menarik.
Selamat datang kepada pengunjung-pengunjung blog ini,semoga anda memperolehi maklumat tentang negeri Terengganu dan berminat untuk melancong ke negeri pesisir pantai ini.
Pada satu ketika dahulu begitu sukar untuk ke negeri Terengganu memandangkan terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dengan kenderaan sendiri atau awam.Jalanraya yang belum dilengkapi lebuhraya moden menjadi halangan kepada pelancong-pelancong untuk berkunjung ke Terengganu kecuali melalui udara.Perjalanan melalui jalan biasa ini begitu tegar kerana jalan yang sempit dan terpaksa bersaing dengan kenderaan berat.
Tetapi pada hari ini mereka yang berminat untuk melawat negeri pesisir pantai ini tidak perlu risau,Lapangan terbang Sultan Mahmud telah dibesarkan untuk mengelakkan kesesakan manakala sebahagian Lebuhraya Pantai Timur dari Karak ke Kemamam telah pun siap.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang berharga RM1.2billion ini ialah sensasi terkini sector pengangkutan awam di Malaysia. LPT dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2004. Rakyat dipelawa menguji lebuhraya ini selama satu bulan tanpa tol. LPT sangat signifikan kerana ianya adalah satu-satunya lebuhraya 4-lorong yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. LPT diharapkan dapat memacu pembangunan ekonomi di wilayah pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Projek LPT dilaksanakan dalam 2 fasa. Fasa 1 menghubungkan Karak ke Kuantan, PAHANG. Fasa 2 menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu, TERENGGANU.
Fasa 1 Lebuhraya sepanjang 169 km ini bermula di Karak, Pahang (persimpangan Karak) dan berakhir di sempadan Pahang/Terengganu (persimpangan Kuantan). Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang ada sekarang.

No comments:
Post a Comment