SLIDE

Thursday, July 29, 2010

Batu bersurat











Beli durian dibuat bubur,
sedap rasanya pulut berkuah,
batu bersurat sudah tersohor,
kedatangan Islam tercatat sejarah.



Apabila disebut sahaja 'batu bersurat' banyak perkaitannya dengan negeri Terengganu dan sejarah Islam.
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Hussein bin Ghulam Ai-Baukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atas. Saiyed Hussin meminta penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala terengganu. Sampai di Kuala Terengganu Batu itu dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaanBatu ini bertulis di dalam bahassa Melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini telah dihanatar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada Tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman diantara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam. Di Muka Pertama "A" 1. RasululLah denganyangarwahsantabi mereka2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua. Di Muka Kedua "B" 1. Keluarga di Benua jauh kan2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika..... Di Muka Ketiga "C" 1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............Di Muka Keempat "D"1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

SUMBER:http://www.trglib.gov.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=180&Itemid=233

No comments:

Post a Comment