Friday, July 16, 2010
Budu
Buat rumah di Kuala Sedeli,
Kayu Cengal dibuat lantai,
Makan nasi berselera sekali,
Sebab ada budu dan petai.
Budu adalah antara makanan tradisional dan popular di Terengganu,di mana-mana sahaja dalam negeri Terengganu pasti ada jual budu,budu atau sos bilis adalah adalah makanan yang terkenal di pantai timur Terengganu dan Kelantan,dan sekiranya mereka yang berasal dari sini pasti tahu bagaimana memakan budu dengan nasi.
Sesetengah dimakan dengan ikan yang dipanggang dan ada pula yang dicecah dengan ulam atau sayur yang telah rendam air panas.Namun pada pemerhatian saya,saya dapat membezakan bagaimana cara penduduk asal Terengganu makan budu berbanding orang luar Terengganu makan budu,ada antara mereka yang tidak pernah makan budu menjadikan budu sebagai kuah dalam nasi mereka.Di sinilah kita dapat membeza penduduk Terengganu dan orang luar Terengganu.Budu sebenarnya dibuat daripada ikan bilis yang diperam dalam jangkamasa yang lama sebelum boleh dimakan.
Bahan-bahan
1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
gula melaka/manisan
Cara-cara
Ikan bilis dibersihkan dan toskan. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan nisæ/gula melaka dan gaul rata. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Tetapi jangan di kacau. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dalam peti sejuk. Petua:Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment