SLIDE

Sunday, July 18, 2010

Candat sotong
















Pergi ke sungai menahan bubu,
singgah di kebun memetik terung,
kalau mahu pengalaman baru,
melancong ke Terengganu mencandat sotong.

Antara kalendar pelancongan yang baru diperkenalkan ialah aktiviti mencandat sotong,aktiviti mencandat sotong akan berlangsung pada bulan April hingga Julai,pada asalnya adalah aktiviti nelayan yang menangkap sotong pada waktu malam di perairan Terengganu dengan cara mencandat,tetapi aktiviti ini sangat menarik dan menjadi satu tarikan pelancongan bagi mereka yang ingin pengalaman mencandat sotong.
Bagi mereka yang melalui pengalaman pertama mencandat sotong akan teruja dengan puluhan atau ratusan hasil tangkapan sotong segar atau akan pulang dengan keadaan lesu akibat mabuk laut.Bagi mereka yang baru pertama kali menyertai aktivi ini boleh membeli ubat untuk mengahalang mabuk laut,atau menggunakan kaedah-kaedah tradisi seperti menjilat air laut dan menghidu limau nipis sebelum menaiki bot.
Pelancong yang menyertai aktiviti ini akan di bawa ke kawasan pinggir laut pada waktu malam hinggan awal pagi yang menjadi tumpuan sotong membiak pada bulan April hingga Julai.Dengan memasang lampu pada bahagian atas air akan menarik perhatian sotong-sotong mengerumuni bot-bot tersebut.Candat yang berwarna warni akan diturunkan ke laut hingga ke dasar dan menariknya hingga hampir sejengkal sahaja di atas air.Anda akan melihat berpuluh-puluh sotong yang akan menghampiri candat,anda hanya perlu mengerak-gerakkan candat(umpan)tersebut seolah-olah hidup,dan tanpa masa yang panjang anda akan berjaya menaikkan sotong seekor demi seekor,pengalaman mencandat sotong ini akan memberi pengalaman baru kepada mereka yang pertama kali menyertainya.Sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan agensi pelancongan Terengganu yang terdekat untuk mendapatkan pakej-pakej mencandat sotong.

No comments:

Post a Comment