SLIDE

Saturday, July 17, 2010

Kelah dan Kenyir















Waktu pagi pergi sekolah,
Bermain bola diwaktu petang,
Kalau nak lihat ikan kelah,
destinasi anda ke Sungai Petang.

Destinasi Tasik Kenyir merupakan salah satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di Terengganu terutama bagi kaki pancing,Dengan menyewa sebuat ‘rumahbot’ pelancong boleh bersantai sambil memancing dengan tenang,tetapi ada tempat yang tidak dibenarkan memancing di sini dan menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat ikan Kelah yang jinak dan bermesra dengan ikan Kelah iaitu Santuari Kelah di Sungai Petang.

Ikan-ikan kelah itu membiak dengan banyak di sungai berkenaan dan ia dikawal rapi untuk mengelak sebarang penangkapan secara haram.Para pengunjung akan terpegun dengan bilangan kelah dari alam semulajadi yang begitu banyak dan jinak.Di sini pengunjung dibenarkan member makanan kepada ikan Kelah,apa bila berada dia air ikan Kelah ini akan menghampiri pengunjung dan berebut-rebut untuk mendapatkan makanan.Mungkin satu kejutan kepada pengunjung-pengunjung baru dan belum biasa dengan ribauan ikan yang mengelilingi tetapi pengunjung akan menyesuaikan diri dalam jangkamasa sekejap sahaja dan tidak menyedari masa berlalu begitu pantas semasa berada di sini,bagi kaki pancing mereka hanya akan ‘meleleh air liur’apabila melihat ribuan ikan Kelah di sini,kerana disini tidak dibenarkan memancingUntuk merasai sendiri pengalaman ini sesiapa yang ingin keterangan lanjut sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan, Pengkalan Gawi (No Tel: +609-6267788).

No comments:

Post a Comment