Pagi-pagi menjala ikan,
Menjala ikan atas perahu,Keropok lekor makanan berzaman,
Selera tradisi negeri Terengganu.
Post saya sebelum ini berkaitan makanan tradisi Terengganu seperti nasi Dagang dan Budu,Post saya kali ini ialah berkaitan Keropok Lekor,iaitu makanan yang sememangnya terkenal dan gah bagi penduduk Terengganu.Pelancong-pelancong yang datang ke Terengganu 'mesti' dan 'pasti' akan membeli atau makan keropok lekor Terengganu.
Dalam negeri Terengganu tempat yang terkenal dengan Keropok Lekor adalah kampung Losong,tetapi sebenarnya keropok lekor boleh didapati di mana-mana tempat di negeri Terengganu,dan kadangkala lebih sedap dari Losong.Kadang-kadang terdapat pelancong-pelancong yang tidak tahu bahawa Losong itu hanya nama tempat atau kawasan yang terkenal dengan keropok Lekor,mereka membayangkan bahawa Losong itu nama sejenis keropok.Saya pernah berjumpa dengan beberapa pelancong yang datang ke Terengganu yang mengatakan bahawa mereka tidak mahu membeli keropok Lekor tetapi mahu membeli keropok Losong,dan saya membawa mereka ke Losong dan menunjukkan signboard yang menunjukkan Kampung Losong dan menunjukkan keropok lekor yang dibuat di situ barulah mereka faham,untuk makluman kepada anda di sini saya sertakan resepi keropok Lekor sekiranya ingin cuba membuatnya.
BAHAN-BAHANNYA:
4 mangkuk ikan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan
CARA MEMBUATNYA:
Bersihkan ikan Asingkan tulang dan isinya Mesinkan isi ikan sehingga hancur Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu Masukkan tepung sagu Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang Panaskan air hingga mendidih Masukkan keropok lekor Angkat setelah ia timbul dipermukaan air TIPSSukat dengan menggunakan mangkuk yang sama Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik Tambahkan air batu jika adunan terkeras Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng
CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHANNYA
1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah
CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung
No comments:
Post a Comment