SLIDE

Wednesday, July 28, 2010

Musim buah










Pergi ke pasar berjalan kaki,
kaki luka terpijak duri,
musim durian menjelang lagi,
harga berpatutan rasanya sedap sekali.

Sekarang, sekiranya melancong ke Terengganu anda akan melihat deretan kedai buah-buah di sepanjang jalan terutama jalan yang melalui kampung-kampung.
Musim buah mula melanda Terengganu,dimulakan dengan durian dan lain-lain buah mula membanjiri Terengganu.Di gerai-gerai tepi jalan akan melihat banyak buah dijual,bukan buah yang import dari luar atau negeri lain,tapi buah dari kebun sendiri atau kebun jiran-jiran.Durian biasanya dijual dengan harga RM10 dengan 3 hingga 4 biji tetapi boleh dirunding,kadang-kadang boleh dapat 5 biji RM10.Anda akan berpuas hati kiranya mencuba durian di sini kerana durian yang dijual biasanya durian yang baru luruh pada waktu malam akan dijual pada waktu pagi esoknya.

No comments:

Post a Comment