SLIDE

Sunday, July 11, 2010

Nasi Dagang



Ke Pulau Redang mendayung perahu,
Perahu tersangkut di batu karang,
Kalau tuan datang ke Terengganu,
Jangan lupa makan nasi dagang.

Antara makanan tradisional Terengganu yang terkenal ke pelosok tanah air sekarang ialah Nasi Dagang.Sekiranya anda melancong ke Terengganu jangan lupa menjamu selera dengan Nasi Dagang,bagi mereka yang pernah makan Nasi Dagang Terengganu pasti akan merasakan perbezaan dengan Nasi Dagang yang pernah makan di luar Terengganu,kecuali yang dimasak oleh anak Terengganu sendiri.
Di sini Nasi Dagang mudah ditemui sebagai sarapan pagi di mana-mana warung,Restoran atau hotel.Menjadi kemestian bagi mereka yang datang ke Terengganu untuk makan nasi Dagang asli Terengganu,kalau tidak mereka kan rugi kerana rasa Nasi Dagang Terengganu adalah berbeza.
Nasi dagang di sini biasanya dibungkus dengan daun pisang dan berlaukkan ikan tongkol atau ikan 'Aya' bagi panggilan orang Terengganu dan acar timun,ini antara makanan sarapan pagi yang biasa selain nasi lemak.Harga bagi sebungkus Nasi Dagang ini di warung-warung atau Restoran hanya RM2.00 atau RM2.50 sahaja,bagi kawasan pendalaman biasanya harga hanya RM1.++ sahaja.

Kalau anda ingin cuba memasak Nasi Dagang ini resepinya:
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu
1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}dikisar
1 Ulas Bawang Putih }dikisar
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }dikisar
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,
Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:
Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.
Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

No comments:

Post a Comment