Saturday, July 31, 2010
Nasi lemak
Pergi ke kebun membuat pagar,
pagar dipancang sebagai halangan,
bangun pagi terasa lapar,
nasi lemak jadi hidangan.
Selain Nasi Dagang,keropok Lekor dan makanan tradisi lain Nasi Lemak juga makanan kebiasaan di Terengganu.Di negeri lain seperti Kuala Lumpur nasi lemak dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk pilihan seperti ayam,daging,kerang dan sebagainya.
Tetapi terdapat sedikit perbezaan di Terengganu,mungkin ada di sesetengah tempat di Terengganu nasi lemak dihidang dengan pelbagai lauk pauk.Tetapi di kebanyakan tempat nasi lemak adalah berlaukkan sambal bilis atau ikan tongkol,jarang terdapat kedai-kedai atau warung yang menjual nasi lemak menyediakan pelbagai lauk pauk untuk nasi lemak,kecuali telur goreng sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment