Monday, July 26, 2010
Pasaraya besar
Waktu pagi pergi ke pasar,
beli sebiji buah nangka,
kalau hendak ke pasaraya besar,negeri Terengganu bukan tempatnya.
Pantun di atas mungkin sesuai untuk negeri Terengganu.Bagi mereka yang pernah datang atau berada di Terengganu mereka tidak akan jumpa pasaraya-pasaraya besar yang gah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan lain-lain.
Di negeri Terengganu hanya ada beberapa buah pasaraya yang biasa di dengar seperti Mydin dan giant juga beberapa buah pasaraya yang mungkin hanya ada di Terengganu.Apa sebabnya?mungkin polisi kerajaan Terengganu adalah sangat menjaga kepentingan rakyat,terutama peniaga-peniaga kecil dan kedai-kedai runcit.Sekiranya pasaraya-pasaraya besar mula bertapak di sini mungkin kedai-kedai kecil penduduk tempatan akan terkubur.Oleh itu bagi pelancong atau pelawat ke negeri Terengganu yang berminat untuk membeli belah di pasaraya besar,Terengganu bukanlah destinasinya,Terengganu adalah Destinasi ketenangan,keindahan alam semulajadi.Sesiapa yang melancong untuk menenangkan fikiran dan mendampingkan diri dengan alam,kebudayaan,adat tradisi bolehlah datang ke Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment