Bulan Disember dilanda bah,hujan turun banjir melanda,
rasanya pedas sedap dilidah,
itulah dia rojak katih namanya.
Saya tidak pasti sama ada makanan ini ada di negeri lain,setakat ini saya belum jumpa di mana-mana negeri kecuali Kelantan dan Terengganu.
Makanan yang di beri nama Rojak Katih biini adalah di buat daripada bahagian lendir dan tulang lembut pada bahagian kaki lembu.Perkataan 'katih' bermaksud kaki.Tulang rawan dan lendir tertentu yang lembut dan kenyal dicincang dan di buat kuah pedas,bviasanya dijual dengan harga RM2 sebungkus,banyak terdapat di pasar-pasar seperti pasar kedai Payang.
No comments:
Post a Comment