SLIDE

Tuesday, July 13, 2010

Songket















Pergi ke huma menabur baja,
membawa bekal kuih baulu,
Indahnya sungguh dipagi raya,
berbaju melayu bersongket Terengganu.

Bulan Ramadan hampir menjelang tiba,umat islam seluruh dunia akan mula berpuasa dalam jangkamasa sebulan saja lagi.Seterusnya berhari raya.Apabila bercerita tentang hari raya maka perkaitannya dengan baju melayu dan kain songket amatlah rapat di kalangan kaum lelaki Melayu di Malaysia.Apabila disebut kain songket maka ramai antara kita akan terbayang kain yang berkilat-kilat dan mempunyai corak tertentu dan dipakai bersama baju melayu,dan tidak lengkap sekiranya berbaju melayu tetapi tidak bersampin dengan kain songket.

Semua orang tahu kain songket ada perkaitan dengan Terengganu,kain-kain songket yang berkualiti semestinya asli dan berasal dari Terengganu,itulah yang menjadi kebanggaan kepada pemakainya.
Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat banyak songket dari negeri lain tetapi songket Terengganu tetap menjadi pilihan kepada sesiapa yang mementingkan kualiti dan keaslian budaya.Tambahan sekarang ini terdapat banyak lambakan songket dari India,Thailand dan Indonesia yang dijual dengan harga lebih rendah berbanding harga songket Terengganu.
Pelancong-pelancong yang berkunjung ke Terengganu,sekiranya kaum wanita mereka akan membeli kain sutera Terengganu yang membuat mereka rambang mata,manakala kaum lelaki pula akan membeli songket,terutama pada masa sekarang yang hampir dengan kedatangan Ramadan seterusnya Syawal.Namun begitu songket Terengganu bukan sahaja dipakai pada hari raya,tetapi juga pada majlis-majlis rasmi dan perkahwinan.Harga songket Terengganu mungkin lebih mahal daripada jenis daripada India,Thailand atau Indonesia,tetapi pemakainya akan berbangga dengan budaya tradisional sendiri.Harga songket Terengganu boleh didapati dengan harga RM250 ke atas,bergantung kepada corak dan tenunan.Namun begitu pelancong dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak terbeli dengan songket tiruan yang mungkin terselit dalam pasaran,kerana songket buatan Thailand,India dan Indonesia ini bukan hanya terdapat di negeri-negeri lain seluruh Malaysia tetapi terdapat juga di Terengganu,oleh banyakkan bertanya.

No comments:

Post a Comment