SLIDE

Sunday, July 11, 2010

Pelancongan dan air




Menggali perigi mencari air,
Air ditimba ke dalam baldi,
Negeri indah digigi air,
Terengganu Darul iman nama diberi.
Apabila disebut Terengganu dan pelancongan maka perkaitan tentang air amatlah rapat.Pelancongan ke Terengganu bukanlah perkaitan dengan taman tema air yang banya terdapat di kota-kota dan bandar-bandar lain,tetapi melancong ke Terengganu adalah berkaitan dengan air dan alam semulajadi.
Antara destinasi pelancong yang datang ke Terengganu adalah untuk melihat pantai,pulau,tasik yang banyak terdapat dalam diari pelancongan di Terengganu.Sebut sahaja pantai yang indah,pasir yang putih maka Terengganu dan pulau-pulaunya adalah destinasi pelancong.Sekiranya kaki pancing mereka akan pilih Tasik Kenyir untuk melancong sambil memancing,bagi yang ingin pengalaman mencandat sotong boleh mencuba nasib pada bulan Jun dan Julai di Terengganu.Bagi yang meminati sukan kapal layar boleh datang setiap penghujung tahun untuk menonton Monson Cup,semuanya perkaitan dengan air dan alamsemulajadi.

No comments:

Post a Comment