SLIDE

Monday, August 2, 2010

Asam gupal











Anak ikan dibuat umpan,
untuk memancing ikan keli,
kalau pergi Bazar Ramadhan,
pelbagai kuih boleh dibeli.

Bulan Ramadhan menjelma lagi,pada bulan yang mulia ini masjid dan surau pasti penuh dengan umat islam yang ingin beribadat dan bersolat Terawih.

Dan yang pastinya gerai-gerai menjual kuih akan muncul di merata-rata,bazar Ramadhan pula menjual pelbagai jenis kuih.Ada yang pernah dilihat atau di makan sehingga ada kuih yang tidak pernah dilihat pun boleh di dapati di pasar Ramadhan.

Antara kuih yang jarang-jarang dilihat ialah kuih Asam gupal(Loghat Terengganu) atau mungkin Asam gumpal.Kuih ini saya tidak pernah jumpa di negeri-negeri lain kecuali Pantai Timur,Terengganu dan Kelantan.Orang Terengganu akan memanggil kuih ini dengan nama Asam gupal,tidak dengan nama Asam Gumpal,kerana nada bunyinya tidak bertepatan dengan loghat Terengganu.

No comments:

Post a Comment