SLIDE

Tuesday, August 17, 2010

Ikan segar




















Pergi bertandang dibulan puasa,
bawa bersama semangkuk pulut,
ikan segar manis rasanya,
boleh dibeli di tepi laut.

Ikan segar,ikan yang baru dari laut yang dibawa naik oleh nelayan boleh dibeli disesetengah tempat di sepanjang pantai Terengganu.Bukan saja di pasar,di sesetengah tempat di sepanjang pantai Terengganu anda akan terjumpa dengan gerai-gerai yang menjual ikan yang baru dibawa naik oleh nelayan.
Anda akan berpuas hati dengan harga dan kesegaran ikan tersebut,yang jauh berbeza dengan ikan sejuk beku yang biasa kita makan.Kebanyakan nelayan yang menjual ikan di tepi-tepi pantai ini adalah nelayan pinggir pantai yang memancing atau memukat di kawasan dekat dan menggunakan bot-bot kecil sahaja.

No comments:

Post a Comment