SLIDE

Sunday, August 22, 2010

Keretapi









Di pantai timur letaknya negeri,
tempat menarik banyak sejarah,
perkhidmatan keretapi tiada di sini,
apa yang ada sudah jadi sejarah.


Pelancong-pelancong yang berkunjung ke Terengganu dan melalui Bandar Dungun pasti akan ternampak replika keretapi yang terletak tengah bandar Dungun.Mereka tertanya-tanya Ada keretapikah di sini?mengapa keretapi dijadikan replika sejarah?apa perkaitannya dengan bandar Dungun?


Replika keretapi yang dijadikan hiasan itu ialah replika keretapi pengangkut biji besi,pada suatu ketika dahulu Bukit Besi,iaitu satu kawasan daerah Dungun adalah pengeluar Bijih Besi yang terbesar di Tanah Melayu dan bandar Dungun adalah destinasi pelabuhan untuk mengekspot bijih besi.Landasan keretapi telah dibini dari Bukit Besi ke Dungun.Bijih besi telah menjadikan bandar Dungun dan Bukit Besi sebagai antara bandar yang terhebat pada zaman tersebut.Perlombongan bijih besi telah ditutup setelah kedatangan Jepun di Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment