SLIDE

Wednesday, August 18, 2010

Jalan Utama

















Budak menangkap ikan pelaga,
sambil-sambil memancing keli,
jalanraya bertar semua,
pergi ke mana tak susah lagi.


Pergerakan menggunakan kenderaan darat di negeri Terengganu tidak begitu susah terutama bagi mereka yang baru berkunjung ke Terengganu.Terdapat dua jalan utama sahaja yang menghubungkan dari Besut dan sempadan akhir Terengganu iaitu Kemaman.


Jalan pertama ialah bermula dari susur keluar LPT terus melalui jalan Jerangau - Jabor melalui Bukit Besi Kuala Berang boleh juga ke Kuala Terengganu atau terus ke besut.Jalan kedua ialah bermula tamatnya LPT terus ke Chukai,Paka,Dungun dan Kuala Terengganu iaitu satu jalan sahaja,jalan ini melalui pinggir pantai.Oleh itu pergerakkan pelancong yang menggunakan kenderaan darat pasti tidak akan sesat sekiranya untuk ke Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment