SLIDE

Tuesday, August 24, 2010

Pekan Kedai buluh









Anak ikan anak Tenggiri,
nelayan ke laut diwaktu pagi,
Pekan Kedai Buluh Pasar tradisi,
pelbagai kuih boleh dibeli.

Bulan Ramadhan yang berkunjung tiba menyebabkan banyak tempat-tempat menjual juadah dibuka,selain Bazaar Ramadhan yang di khaskan,terdapat banyak penjual kuih di serata tempat yang mengambil peluang untuk mencari rezeki.

Antara destinasi untuk membeli kuih-kuih tradisi Terengganu pada bulan puasa ini ialah Pekan Kedai Buluh.Kawasan ini adalah Pasar Tradisi sejak berzaman lagi,walaupun tidak secanggih atau sehebat pasar-pasar lain namun,seorang warga Kuala Terengganu akan mengenali dan tahu di mana Pasar Kedai Buluh.Sejarah nama Pasar Kedai Buluh adalah pada masa dahulu pasar di sini didirikan dengan bangsal-bangsal yang dibuat daripada buluh.Di sini terdapat pelbagai kuih dan memang terkenal sebagai pasar tradisi hingga hari ini.

2 comments:

  1. kedai buluh nie kampung saya.. but now i'm stay kat shah alam.hehe.moh dtg kedai buluh meyh..

    ReplyDelete