SLIDE

Wednesday, September 15, 2010

Manisan ('nisan)

Membeli tudung berpilih-pilih,
untuk dipakai dihari raya,
manisan manis dibuat kuih,
untuk santapan waktu berbuka.

Sepanjang Ramadhan kita boleh lihat pelbagai kuih yang dijual atau disediakan oleh surirumah.
Di sini terdapat sejenis bahan yang sering digunakan dalam pembuatan kuih iaitu manisan atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan oleh penduduk tempatan.'Nisan ini sebenarnya sama jenis dengan gula Melaka yang dijual di kebanyakan kedai,cuma cara pembuatan dan penyediaannya berbeza.'Nisan di Terengganu dibuat secara berkeping-keping seperti gambar di atas,berbeza dengan gula Melaka yang berbentuk Silinder.'Nisan dalam bentuk jarang dijumpai di Kuala Lumpur atau negeri lain.

No comments:

Post a Comment