Sungai Terengganu airnya dalam,
tempat berlabuh perahu nelayan,
menyusur sungai diwaktu malam,
melihat keindahan pulau warisan.
Sambutan orang ramai terhadap produk baru pelancongan Terengganu mendorong kerajaan negeri menambah bot sedia ada kepada 14 bot bagi menyusuri sungai Terengganu ke Taman Tamadun Islam (TTI) dalam usaha menghidupkan suasana malam di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata program `night river cruise’ yang menggunakan dua bot berkapasiti 45 penumpang tidak mampu memenuhi permintaan ramai pengunjung menyebabkan kerajaan negeri merancang menambah dari semasa ke semasa.
Katanya, pada masa yang sama, lampu berwarna-warni di kawasan yang diselusuri itu akan ditambah bagi mengindahkan lagi panorama alam di sekitar `Bandaraya Warisan Pesisir Air’ itu.
“Perkhidmatan bot di Pulau Warisan ini akan diteruskan kepada orang ramai walaupun Pesta Tanglung 2010 sudah berakhir semalam (28 September) kerana pada asalnya ia hanya disediakan untuk memeriahkan program tersebut.
“Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk meneruskan operasi bot ini kerana sambutan memang sangat menggalakkan sehingga mampu mencatat bilangan penumpang antara 500 hingga 600 orang setiap malam,” katanya selepas menyusuri sungai Terengganu, sempena Pesta Tanglung, di Pulau Warisan, semalam (29 September).
Dalam perkembangan yang sama, Kerajaan Negeri menerusi `Taman Tamadun Islam River Cruise’ juga akan menawarkan bot yang menyediakan ikan celup tepung dan keropok goreng tidak lama lagi.
Katanya, jika caj menaiki bot biasa berharga RM10 seorang, bot yang dilengkapi makanan itu pula kelak akan dinaikkan kepada RM20 seorang.
“Kita yakin bot yang akan menyediakan makanan tersebut mampu menarik lebih ramai pelancong luar kerana di samping menikmati keindahan di sepanjang sungai Terengganu mereka boleh merasai keenakan makanan popular sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan kadar bayaran berpatutan,” katanya.
Sehingga semalam, dua bot yang disediakan pihak TTI sentiasa sesak dengan pengunjung kerana tertarik untuk mencuba perkhidmatan yang mengenakan kadar bayaran promosi RM5 seorang sempena Pesta Tanglung yang bermula 22 September lalu.
Ia menyusur sepanjang pesisir Dataran Shahbandar, Kampung Cina, sehinggalah ke Taman Tamadun Islam di samping mengelilingi beberapa pulau kecil di sekitarnya.
Selain menjanjikan pengalaman indah, pakej menyusur sungai itu juga secara tidak langsung boleh mendedahkan pelancong dengan budaya dan cara hidup penduduk di negeri ini khususnya kehidupan golongan nelayan yang menjadi identiti atau simbol kebanggaan masyarakat setempat.

No comments:
Post a Comment