SLIDE

Friday, September 24, 2010

Tebu Mountain Challenge 2010


Anak kecil berlari-lari,
kejar mengejar tersepak kayu,
kalau tuan lelaki sejati,
masuklah bertanding mendaki gunung tebu.

Sukan lasak mendaki Gunung Tebu di Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi sepanjang dua hari bermula esok bakal menjadi satu lagi produk eko pelancongan negeri dalam memperkenal destinasi menarik di Besut.

Program `Tebu Mountain Challenge 2010’ anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi negeri (Tenaga).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata aktiviti lasak itu bukan hanya menarik penyertaan warga tempatan, tetapi juga peserta luar negara termasuk Singapura dan Thailand.
“Rentis laluan dari Hutan Lipur Lata Belatan ke puncak Gunung Tebu adalah sejauh tujuh kilometer dan merupakan antara laluan yang mudah serta sempurna untuk dilalui oleh pendaki daripada pelbagai peringkat usia”.
“Aktiviti eko pelancongan itu dapat membantu kerajaan dalam mempromosikan sektor pelancongan Terengganu dalam dan luar negara”, katanya ketika mempengerusikan sidang media sempena program itu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (23 September).
Seramai 150 peserta terbahagi kepada tiga kategori, iaitu peserta lelaki dan wanita iaitu terbuka, veteran dan pelajar mengesahkan penyertaan itu dan penyertaan masih dibuka kepada umum.
Pemenang setiap kategori yang dipertandingkan bakal menerima hadiah bernilai RM100 hingga RM1500.

No comments:

Post a Comment