SLIDE

Friday, September 17, 2010

Satu Malaysia


Tamat Ramadhan berhari raya,
pergi menziarah kerumah teman,
negara Malaysia pelbagai bangsa,
satu Malaysia jadi pegangan.

Negara kita mempunyai pelbagai bangsa yang berbilang kaum.Tidak berkecuali di negeri Terengganu juga terdapat pelbagai bangsa,
walaupun sebahagian besar penduduk negeri Terengganu berbangsa Melayu namun terdapat ramai bangsa cina yang tinggal di pekan-pekan utama yang menjalankan perniagaan.Namun begitu di Terengganu apa yang pastinya kurang terdapat masyarakat India,hanya segelintir sahaja yang tinggal di Kuala Terengganu atau pun yang bekerja di Terengganu tetapi berasal dari Negeri lain.
Masyarakat cina kebanyakannya tinggal di pekan utama,namun begitu terdapat sebuah kampung di Terengganu yang terkenal dengan masyarakat cina pada satu ketika dulu.Kampung Tiruk yang terletak di Serada,pada satu ketika dahulu ramai kaum cina yang tinggal di sini.namun sekarang ramai antara mereka yang telah berhijrah ke pekan dan yang tinggal hanya generasi tua.Semasa saya kecil dahulu saya sering melintasi kampung ini dan masih ingat bagaimana rumah mereka seperti rumah orang melayu,rumah kayu bertiang.Cuma yang membezakan adalah pada Tahun Baru Cina akan terdapat tanglung yang digantung pada bahagian beranda rumah.

No comments:

Post a Comment