SLIDE

Wednesday, September 29, 2010

Night River Cruise


Sungai Terengganu airnya dalam,
tempat berlabuh perahu nelayan,
menyusur sungai diwaktu malam,
melihat keindahan pulau warisan.
Sambutan orang ramai terhadap produk baru pelancongan Terengganu mendorong kerajaan negeri menambah bot sedia ada kepada 14 bot bagi menyusuri sungai Terengganu ke Taman Tamadun Islam (TTI) dalam usaha menghidupkan suasana malam di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.

Friday, September 24, 2010

Tebu Mountain Challenge 2010


Anak kecil berlari-lari,
kejar mengejar tersepak kayu,
kalau tuan lelaki sejati,
masuklah bertanding mendaki gunung tebu.

Sukan lasak mendaki Gunung Tebu di Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi sepanjang dua hari bermula esok bakal menjadi satu lagi produk eko pelancongan negeri dalam memperkenal destinasi menarik di Besut.

Sunday, September 19, 2010

Destinasi utama





Ke Rantau Abang melihat penyu,
penyu merajuk menyepi diri,
Pasar kedai Payang destinasi dituju,
wajah Terengganu tempatnya di sini.
Seorang yang melancong ke Terengganu semestinya akan berkunjung ke Pasar Kedai Payang.

Friday, September 17, 2010

UPSR


ABC adik mula baca,
belajar betul-betul sebut ulang-ulang,
musim UPSR telah bermula,
semoga kecemerlangan akan berulang.
Kecemerlangan dalam UPSR bagi pelajar Terengganu memang telah diketahui umum,

Satu Malaysia


Tamat Ramadhan berhari raya,
pergi menziarah kerumah teman,
negara Malaysia pelbagai bangsa,
satu Malaysia jadi pegangan.

Negara kita mempunyai pelbagai bangsa yang berbilang kaum.Tidak berkecuali di negeri Terengganu juga terdapat pelbagai bangsa,

Thursday, September 16, 2010

Monsoon Cup



Mendayung perahu pergi menjala,
perahu karam terpaksa berenang,
monsoon cup hampir tiba,
tempahlah hotel dari sekarang.


Mengikut kalendar pelancongan Monsoon Cup akan bermula pada Disember,hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.Sudah pasti pada masa itu hotel akan penuh.
Bagi peminat-peminat perahu layar boleh tinjau-tinjau hotel atau tempat tinggal di Terengganu mula sekarang,semoga anda tidak terlepas peluang menonton acara berprestif ini.

Promosi kraf





Menganyam tikar mengkuang bersulam,
corak pelbagai tidaklah tentu,
kraf tradisional warisan silam,
tidak lapuk ditelan waktu.
Perbadanan kraf Malaysia cawangan Terengganu akan mengadakan promosi karaf selama lima hari bermula 27 Oktober ini,

Wednesday, September 15, 2010

Manisan ('nisan)

Membeli tudung berpilih-pilih,
untuk dipakai dihari raya,
manisan manis dibuat kuih,
untuk santapan waktu berbuka.

Sepanjang Ramadhan kita boleh lihat pelbagai kuih yang dijual atau disediakan oleh surirumah.

Perantau



Menanam padi ditabur baja,
supaya hasil melipat ganda,
hari lebaran menjelang tiba,
perantau mula kembali ke desa.


Salam Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.Kerajaan negeri Terengganu telah mengadakan majlis sambutan Hari raya Aidilfitri kepada semua perantau yang mula pulang ke Terengganu.

Friday, September 3, 2010

Balik Kampung



Ke pasar malam membeli kurma,
untuk berbuka diwaktu petang,
hari raya hampir menjelma,
perantau mula menyusur pulang.


Cuti sekolah telah bermula,bertepatan dengan hari raya aidilfitri.Ramai warga Terengganu yang merantau mula merancang untuk bertolak pulang ke Terengganu.

Wednesday, September 1, 2010

Tokoh puisi



J.M Aziz nama diberi,
melakar sajak dipantai nan indah,
tokoh penyair juga di sini,
puitisnya puisi pelbagai kisah.

Di Terengganu terdapat seorang tokoh puisi yang sangat dikenali ramai dengan puisi-puisinya yang berkaitan dengan lautan,dan sentiasa mendapat perhatian ramai.

Tokoh agama

Indah Terengganu di timur negeri,
tempat bersejarah tinggalan warisan,
tokoh agama juga di sini,
jasad dikubur ilmu ditinggalkan.

Negeri Terengganu adalah destinasi pelancongan alam dan kebudayaan,namun di sini juga terdapat tokoh-tokoh yang makin dilupakan oleh generasi baru.

Monday, August 30, 2010

Merdeka,merdeka


Tokoh kemerdekaan Tunku Abd Rahman,
membebas negara daripada penjajahan,
bendera dikibar lambang kecintaan,
semoga kemerdekaan terus berkekalan.

Pejuang terdahulu tetap dihati,
menentang penjajah membebas negara,
31 Ogos tiba lagi,
laungan merdeka terus bergema.

Pejuang terdahulu tetap dihati,
menentang penjajah membebas negara,
kibarkan bendera berbangga dihati,
kerana aku anak Malaysia.

Friday, August 27, 2010

Bukit Besi








Mencari gaharu berbekal nasi,
makan nasi tidak berkuah,
Bukit Besi satu destinasi,
tapak kenangan tinggalan sejarah.

Petang tadi di NTV7 menyiarkan kisah Bukit Besi sebagai pusat perlombongan bijih besi yang terbesar satu ketika dahulu bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di Asia Tenggara.

Tuesday, August 24, 2010

Pekan Kedai buluh









Anak ikan anak Tenggiri,
nelayan ke laut diwaktu pagi,
Pekan Kedai Buluh Pasar tradisi,
pelbagai kuih boleh dibeli.

Bulan Ramadhan yang berkunjung tiba menyebabkan banyak tempat-tempat menjual juadah dibuka,selain Bazaar Ramadhan yang di khaskan,terdapat banyak penjual kuih di serata tempat yang mengambil peluang untuk mencari rezeki.

Duku dan Salak










Dapat bonus rezeki terpijak,
bolehlah raya berbaju baru,
buah duku dan buah salak,
telah termasyur di Negeri Terengganu.

Di negeri Terengganu memang terkenal dengan buah-buahan tempatan.Antara buah yang biasa didapati dan ada di mana-mana daerah Negeri Terengganu ialah buah Duku dan buah salak.

Sunday, August 22, 2010

Roti Paung








Waktu pagi mandi di perigi,
mencedok air dengan timba,
Roti Paung bersarapan pagi,
rasanya manis lemak pun ada.


Roti Paung adalah satu perkataan yang biasa di dengar di Terengganu.Roti Paung adalah sejenis roti yang biasanya buatan sendiri yang dihasilkan oleh surirumah.

Keretapi









Di pantai timur letaknya negeri,
tempat menarik banyak sejarah,
perkhidmatan keretapi tiada di sini,
apa yang ada sudah jadi sejarah.


Pelancong-pelancong yang berkunjung ke Terengganu dan melalui Bandar Dungun pasti akan ternampak replika keretapi yang terletak tengah bandar Dungun.Mereka tertanya-tanya Ada keretapikah di sini?mengapa keretapi dijadikan replika sejarah?apa perkaitannya dengan bandar Dungun?

Bazar larut malam



Mandi laut sambil menyelam,
hati-hati terhantuk batu,
membeli belah dilewat malam,
pasar up town tempat dituju.

Di Terengganu mungkin tidak ada Bazaria larut malam seperti yang banyak terdapat di Kuala Lumpur.

Main Pantai







Indah melodi lagunya merdu,
penyanyi Saleem empunya suara,
jalan-jalan di Terengganu,
pinggiran pantai destinasi utama.


Suatu ketika dahulu di Terengganu terdapat satu pesta yang dinamakan Pesta Pantai(main pantai),Pesta ini diadakan sebagai satu pesta setelah petani berpenat lelah menuai padi dan mereka akan berhimpun di pantai sambil bersukaria,tetapi kerajaan negeri telah mengharamkan kerana terdapat unsur-unsur Khurafat.

Wednesday, August 18, 2010

Jalan Utama

















Budak menangkap ikan pelaga,
sambil-sambil memancing keli,
jalanraya bertar semua,
pergi ke mana tak susah lagi.


Pergerakan menggunakan kenderaan darat di negeri Terengganu tidak begitu susah terutama bagi mereka yang baru berkunjung ke Terengganu.Terdapat dua jalan utama sahaja yang menghubungkan dari Besut dan sempadan akhir Terengganu iaitu Kemaman.

Hari Giliran

















Pergi memancing ikan Kelah,
sambil memancing menahan jala,
ke Kuala Berang membeli belah,
hari giliran tempat berbelanja.


Pasar malam,pasar minggu, pasar pagi dan pasar tani sudah sinonim dengan masyarakat kita.Di mana-mana kita boleh jumpa istilah tersebut sebagai tempat jualan barang-barang secara tidak kekal iaitu munkin semalam sahaja atau sehari dan sepagi sahaja.

Tuesday, August 17, 2010

Ikan segar




















Pergi bertandang dibulan puasa,
bawa bersama semangkuk pulut,
ikan segar manis rasanya,
boleh dibeli di tepi laut.

Ikan segar,ikan yang baru dari laut yang dibawa naik oleh nelayan boleh dibeli disesetengah tempat di sepanjang pantai Terengganu.Bukan saja di pasar,di sesetengah tempat di sepanjang pantai Terengganu anda akan terjumpa dengan gerai-gerai yang menjual ikan yang baru dibawa naik oleh nelayan.

Saturday, August 14, 2010

Perhentian Bas MPKT











Padi dituai menjadi beras,
titik peluh keringat pesawah,
melancong ke Terengganu menaiki bas,
destinasi indah rakyat peramah.

Sekiranya melancong ke Terengganu menggunakan bas maka Stesen Bas MPKT merupakan destinasi pertama yang akan anda jejaki.

Air Tuak














Ke Pantai Kelulut menjamu selera,
lauk sepinggan makan berdua,
air tuak dan air nira,
dua nama satu rasa.

Seorang sahabat dari Sarawak terkejut bila saya mempelawanya minum air tuak.Baginya bila disebut air tuak ialah minuman yang mungkin memabukkan di Sarawak.

Friday, August 13, 2010

Puteri Rantau Abang












Pergi meminang anak raja,
anak raja di Kuala Linggi,
32 tahun menjelajah dunia,
Puteri Rantau Abang kembali lagi.

Mungkin ini berita gembira kepada penduduk Terengganu,setelah sekian lama Rantau Abang sunyi dari kehadiran penyu Belimbing yang menjadi ikon Rantau Abang,tiba-tiba ia muncul baru-baru ini.

Thursday, August 12, 2010

Bedil









Menjahit baju tercucuk jarum,
baju dipakai dipagi raya,
bunyi bedil berdentum-dentum,
menanda tiba waktu berbuka.


Suatu ketika dahulu bunyi bedil(meriam) untuk menandakan waktu berbuka telah tiba menjadi tradisi bagi penduduk Kuala Terengganu

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan









Destinasi impian Terengganu Darul iman,
Tempat cantik rakyat budiman,
salam Ramadhan saya hulurkan,
semoga dilimpahi fadhilat dan keberkatan.

Monday, August 9, 2010

Rombongan









Pengantin baru di belakang tirai,
dihias disolek oleh mak andam,
kami rombongan ramai-ramai,
mencari tempat hendak bermalam.

Tempat tinggal sering menjadi masalah kepada pelancong apabila mereka datang secara rombongan yang tidak berkaitan dengan pakej pelancongan atau syarikat pelancongan

Parking
















Kuala Terengganu tempatnya indah,
ke Pasar Payang membeli belah,
parking kereta bukan masalah,
tempat banyak bayar pun murah.


Seorang sahabat yang baru datang ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur terkejut dengan bayaran parking di Pasar Kedai Payang

Thursday, August 5, 2010

Rumah tradisional












Pergi ke hutan mencari Gaharu,
Gaharu dijual dibuat haruman,
Rumah batu dan rumah kayu,
Rumah kayu tetap pilihan.


Di Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu. Salah satunya ialah Rumah Limas Bungkus yang terdapat di daerah Besut.

Wednesday, August 4, 2010

warga Terengganu











Anak Terengganu serata dunia,
menimba ilmu atau kembara,
anak Terengganu mudah dibeza,
wajah dan pakaian jadi pengantara.


Terdapat banyak perbezaan kehidupan dan persekitaran apabila anda berada di Terengganu,biasanya rakyat Terengganu akan mudah mengenali anda sekiranya anda adalah orang luar Terengganu

Tuesday, August 3, 2010

kuih muih












Buat laksa berkuah ikan,
makan sepinggan bertambah lagi,
bila petang ke Bazar Ramadhan,
macam-macam boleh dibeli.

Di Terengganu ada dua jenis kuih akan pasti dijumpai di mana-mana Bazar Ramadhan atau gerai menjual kuih,iaitu Lompat Tikam dan Laksam.

Ramadhan&Melancong












Nenek tua tidak bergigi,
badan sakit jalan bertongkat,
bulan Ramadhan menjelma lagi,
bertuakar suasana dibulan berkat.


bulan Ramadhan akan tiba tidak berapa lama lagi,sesetengah pendapat mengatakan pada bulan ini pelbagai makanan akan dijual dan dapat dilihat.Pada bulan ini juga masjid-masjid akan penuh dengan umat islam yang beribadat.

Monday, August 2, 2010

Pulut Lepa









Kalau kail panjang sedepa,
lautan dalam jangan dicuba,
pulut panggang dan pulut lepa,
dua nama jenisnya sama.


Sejenis kuih yang kita boleh dapati diserata tempat di Malaysia ialah pulut panggang.Di Terengganu Pulut panggang ini di sebut Pulut Lepa.

Asam gupal











Anak ikan dibuat umpan,
untuk memancing ikan keli,
kalau pergi Bazar Ramadhan,
pelbagai kuih boleh dibeli.

Bulan Ramadhan menjelma lagi,pada bulan yang mulia ini masjid dan surau pasti penuh dengan umat islam yang ingin beribadat dan bersolat Terawih.

Durian








menternak di kolam ikan keli,
boleh dipancing boleh dijala,
musim durian menjadi-jadi,
banyak bertimbun harga pun tiada.


Tahun ini nampaknya musim durian menjadi-jadi,sehingga durian menjadi harga terlalu murah dan boleh dibeli disesetengah tempat dengan harga RM1 sebiji,

Sunday, August 1, 2010

Pantai










Pagi-pagi membakar Baulu,
untuk bekal ke tempat kerja,
pantai Terengganu airnya biru,
kalau nak mandi pilih tempatnya.


Apabila disebut pantai maka kita kan terbayang tempat yang berpasir dan tempat untuk mandi manda.Sebenarnya bukan semua kawasan pantai adalah sesuai untuk mandi,
disesetengah pantai adalah sangat merbahaya untuk mandi kerana airnya terlalu dalam di bahagian pinggir pantai.Para pelancong yang berkunjung ke pantai-pantai Terengganu dinasihatkan supaya terlebih dahulu memerhati kawasan sekitar sama ada terdapat orang yang mandi atau tidak atau pun bertanya penduduk setempat sama ada kawasan pantai tersebut sesuai untuk mandi atau tidak.Ada kawasan pantai di Terengganu yang sesuai untuk mandi dan ada kawasan yang dilarang mandi,oleh itu berhati-hati.

ICT











Pergi memancing ikan Baung,
ikan digoreng di tanak nasi,
kalau nak makan ikan celup tepung,
Pantai Kelulut jadi destinasi.


ICT,perkataan yang biasa di dengar,tetapi berlainan pula di Terengganu .ICT bermaksud "Ikan Celup Tepung".banyak gerai-gerai yang menjual ikan celup tepung,sotong dan udang celup tepung.