SLIDE

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan&Melancong












Nenek tua tidak bergigi,
badan sakit jalan bertongkat,
bulan Ramadhan menjelma lagi,
bertuakar suasana dibulan berkat.


bulan Ramadhan akan tiba tidak berapa lama lagi,sesetengah pendapat mengatakan pada bulan ini pelbagai makanan akan dijual dan dapat dilihat.Pada bulan ini juga masjid-masjid akan penuh dengan umat islam yang beribadat.


Bolehkah umat Islam melancong pada bulan Ramadhan ini?selesakah?bagi sesetengah orang mungkin rasa tidak sesuai,mungkin rasa letih sebab penat berpuasa.Pada sesetengah orang puasa adalah tidak memenatkan,dan mereka ingin bertukar suasana pada bulan Ramadhan yang mulia ini,ingin melihat suasana Ramadhan di Terengganu.Ini mungkin bagi golongan muda yang belum lagi berkeluarga.Melancong seorang diri dibulan Ramadhan di Terengganu adalah tidak begitu menyukarkan,untuk berbuka banyak kedai,gerai dan restoran yang menyediakan menu untuk berbuka puasa.bagi golongan yang ingin berbuka di masjid,di mana-mana masjid kebanyakannya menyediakan hidangan berbuka puasa.Bagi mereka yang berminat ingin bertukar suasana bulan Ramadhan,ingin merasai suasana bulan Ramadhan di Terengganu bolehlah berkunjung ke Terengganu pada bulan ramadhan.Anda tidak perlu fikir pasal makan.

No comments:

Post a Comment