SLIDE

Sunday, August 22, 2010

Main Pantai







Indah melodi lagunya merdu,
penyanyi Saleem empunya suara,
jalan-jalan di Terengganu,
pinggiran pantai destinasi utama.


Suatu ketika dahulu di Terengganu terdapat satu pesta yang dinamakan Pesta Pantai(main pantai),Pesta ini diadakan sebagai satu pesta setelah petani berpenat lelah menuai padi dan mereka akan berhimpun di pantai sambil bersukaria,tetapi kerajaan negeri telah mengharamkan kerana terdapat unsur-unsur Khurafat.


Pada hari ini Pesta Pantai masih di teruskan dengan cara yang baru,pesta pantai masih diadakan di Pantai Batu Buruk pada setiap Ogos.Pesta pantai edisi baru ini dipenuhi dengan pameran,pertunjukan tradisional dan gerai jualan.Apa yang utamanya tiada lagi unsur-unsur khurafat dan syirik yang berlaku.Bagi pelancong-pelancong yang berkunjung ke sini bolehlah melihat wajah-wajah Terengganu digerai-gerai yang pelancongan yang terdapat di sini.

No comments:

Post a Comment