SLIDE

Friday, August 27, 2010

Bukit Besi








Mencari gaharu berbekal nasi,
makan nasi tidak berkuah,
Bukit Besi satu destinasi,
tapak kenangan tinggalan sejarah.

Petang tadi di NTV7 menyiarkan kisah Bukit Besi sebagai pusat perlombongan bijih besi yang terbesar satu ketika dahulu bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di Asia Tenggara.
Banyak tempat-tempat bersejarah dan tapak bekas perlombongan yang masih dapat dilihat hingga hari ini.Bukit Besi menjadi tumpuan pelbagai bangsa dari seluruh negeri untuk bekerja di sini.Sejarah menunjukkan bahawa Bukit Besi sebagai satu tempat yang mengeluarkan bijih besi menjadi sebuah bandar moden pada ketika itu,banyak perkara yang tidak ada di tempat lain ada di situ. Banyak permodenan dibawa ke Bukit Besi menjadikan kawasan tersebut sebuah bandar yang maju dan lengkap.Saya sendiri berasal dari Bukit Besi,saya masih ingat ketika kecil-kecil dahulu saya bermain di landasan keretapi bijih besi yang masih ada ketika itu,walaupun lombong telah ditutup.Generasi perlombongan bijih besi pun sudah ramai yang meninggal dunia atau berhijrah ke tempat lain.Arwah ayah saya juga seorang pekerja lombong pada ketika itu ,seorang driver lori yang digunakan untuk mengangkut bijih besi.Lesen memandunya masih saya simpan hingga hari ini.

No comments:

Post a Comment