SLIDE

Sunday, August 1, 2010

Pasar Kedai Payang

















Perahu nelayan di pantai Penarik,
ramai orang membeli ikan,
kalau hendak membeli batik,
Pasar Payang tempat pilihan.


Pasar Kedai Payang atau Pasar Payang adalah nama yang tidak asing lagi sekiranya anda melancong di Terengganu,ramai pengunjung ke sini akan tertanya-tanya apakah makna 'Payang'bagi loghat Terengganu 'Payang' itu juga adalah Tempayan.Tempayan mungkin perkaitannya dengan Pasar Payang ini mungkin terlalu sedikit,
Pasar Payang adalah Pasar yang menjual pelbagai barangan basah dan kering,bahagian bawahnya dipenuhi dengan keropok,sayuran,ikan manakala bahagian atasnya pula hasil batik,pakaian,barangan tembaga dan barangan lain.

Payang juga adalah nama perahu,iaitu perahu Payang. Perkaitan dengan perahu payang adalah lebih dekat kerana Perahu Payang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan dan mungkin ikan-ikan itu dijual di sini.

Perahu Payang merupakan perahu terbesar digunakan di Terengganu untuk menangkap ikan. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam menggunakan pukat payang dengan awak-awak seramai kira-kira 15 orang.
Perahu ini dikenali sebagai perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan menggunakan pukat payang. Perahu ini berukuran 14.2m panjang, 2.27m lebar, 3.1m tinggi dan menggunakan dua layar.
Pada kebiasaannya perahu payang akan dihias dengan lukisan awan larat yang indah

No comments:

Post a Comment