Pergi memancing ikan Kelah,
sambil memancing menahan jala,
ke Kuala Berang membeli belah,
hari giliran tempat berbelanja.
Pasar malam,pasar minggu, pasar pagi dan pasar tani sudah sinonim dengan masyarakat kita.Di mana-mana kita boleh jumpa istilah tersebut sebagai tempat jualan barang-barang secara tidak kekal iaitu munkin semalam sahaja atau sehari dan sepagi sahaja.
Sekiranya sesiapa yang berkunjung ke Kuala Berang pada hari Sabtu atau Rabu terdapat ramai peniaga-peniaga yang berniaga pelbagai barangan seperti pasar malam.Pasar tersebut bermula pada sebelah pagi dan di kenali sebagai Hari Gilirang dalam loghat Terengganu atau Hari Giliran.Pada hari tersebut ramai peniaga yang berniaga pelbagai jenis barang di situ.Penduduk di sekitar Kuala Berang kebanyakannya menjadikan hari tersebut sebagai hari untuk membeli belah.
No comments:
Post a Comment