Padi dituai menjadi beras,
titik peluh keringat pesawah,
melancong ke Terengganu menaiki bas,
destinasi indah rakyat peramah.
Sekiranya melancong ke Terengganu menggunakan bas maka Stesen Bas MPKT merupakan destinasi pertama yang akan anda jejaki.
Suatu ketika dahulu semua bas ekspress akan berhenti di stesen bas Tanjung berhampiran padang Shah Bandar,tetapi sekarang bas akan berhenti di stesen bas MPKT yang tidak sunyi walaupun malam telah pun menjengah pagi.Penumpang-penumbang bas ekspress biasanya akan tiba pada awal pagi,iaitu pukul 4.00 atau 4.30 pagi dan akan disambut oleh bacaan al Quran dari masjid putih yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.Anda mungkin juga akan disapa oleh pemandu-pemandu teksi,penarik beca dan prebet sapu yang ingin menawarkan perkhidmatan mereka.

No comments:
Post a Comment