SLIDE

Tuesday, August 3, 2010

kuih muih












Buat laksa berkuah ikan,
makan sepinggan bertambah lagi,
bila petang ke Bazar Ramadhan,
macam-macam boleh dibeli.

Di Terengganu ada dua jenis kuih akan pasti dijumpai di mana-mana Bazar Ramadhan atau gerai menjual kuih,iaitu Lompat Tikam dan Laksam.
Kedua jenis kuih ini adalah kuih kegemaran tradisional,tetapi tidak pasti sama ada kuih ini terdapat di negeri lain.Kuih ini terkenal di pantai timur,saya jarang terjumpa kuih ini di jual di tempat lain kecuali dijual oleh orang pantai timur di negeri tersebut.Laksam adalah makanan yang diperbuat daripada tepung beras dan berkuah santan yang dicampur ikan yang dihancurkan,rasanya cukup sedap.sekali makan pasti nak lagi.

No comments:

Post a Comment