SLIDE

Sunday, July 11, 2010

Pelancongan dan air




Menggali perigi mencari air,
Air ditimba ke dalam baldi,
Negeri indah digigi air,
Terengganu Darul iman nama diberi.
Apabila disebut Terengganu dan pelancongan maka perkaitan tentang air amatlah rapat.Pelancongan ke Terengganu bukanlah perkaitan dengan taman tema air yang banya terdapat di kota-kota dan bandar-bandar lain,tetapi melancong ke Terengganu adalah berkaitan dengan air dan alam semulajadi.

Nasi Dagang



Ke Pulau Redang mendayung perahu,
Perahu tersangkut di batu karang,
Kalau tuan datang ke Terengganu,
Jangan lupa makan nasi dagang.

Antara makanan tradisional Terengganu yang terkenal ke pelosok tanah air sekarang ialah Nasi Dagang.Sekiranya anda melancong ke Terengganu jangan lupa menjamu selera dengan Nasi Dagang,bagi mereka yang pernah makan Nasi Dagang Terengganu pasti akan merasakan perbezaan dengan Nasi Dagang yang pernah makan di luar Terengganu,kecuali yang dimasak oleh anak Terengganu sendiri.

Friday, July 9, 2010

kurang bajet



















Ke Rantau Abang melihat penyu,
Singgah di pasar membeli kerang,
Hajat dihati melawat Terengganu,
Apakan daya bajetnya kurang.



Anda berminat melancong ke Terengganu?tapi RM anda kurang..
Melawat ke Terengganu adalah tidak memerlukan belanja yang banyak kecuali anda ingin pergi membeli-belah di sana.

Tanpa memerlukan kenderaan sendiri anda boleh menaiki bas ekspress dari mana-mana negeri yang mempunyai perkhidmatan bas ekspress terus ke Terengganu.Sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari pelbagai Syarikat seperti Trannasional yang berpengkalan di Stesen Bas Putra,PWTC.Dengan kadar tambang sebanyak RM40 anda akan sampai ke Terengganu.Untuk lebih mudah anda boleh menaiki bas waktu malam dan sampai di Kuala Terengganu pada pagi esoknya,kira-kira pukul 4.30 pagi.Dari stesen bas ekspress Kuala Terengganu anda akan disambut oleh ramai pemandu kereta sewa yang sedia berkhidmat untuk anda pada awal pagi,selain itu terdapat juga pemandu kereta prebet sapu juga yang sedia berkhidmat untuk anda(prebet sapu=kereta sewa haram).Anda tidak perlu takut,pemandu-pemandu kereta sewa atau prebet sapu ini kebanyakannya adalah warga tua yang peramah dan baik hati walaupun mereka memberi perkhidmatan secara haram.walaupun begitu anda boleh membuat pilihan kerana terdapat juga teksi yang memberi perkhidmatan pada awal pagi.Anda hanya perlu memaklumkan kepada mereka anda ingin singgah di mana-mana hotel bajet yang banyak terdapat di Kuala Terengganu,dengan kadar bayaran sebanyak RM100 ke bawah.Untuk bergerak disekitar Kuala Terengganu anda boleh menggunakan Bas Cas Ligas dengan kadar bayaran RM1 atau RM2 untuk anda meronda sebahagian besar Kuala Terengganu.Tempat perhentian dan persinggahan utama bas ini adalah di Taman Shah Bandar berhampiran Pejabat Pos besar berhadapan Istana Maziah.Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bgeca untuk ke persekitaran bandar Kuala Terengganu,selain itu perkhimatan teksi juga mudah didapati sekiranya anda ingin ke tempat yang lebih jauh seperti Muzium,Pulau Wan Man atau Taman Tamaddun Islam.Untuk lebih mudah perjalanan anda,anda hanya perlu lebih banyak bertanya...kerana rakyat Terengganu sentiasa berbangga jika anda sudi ke Terengganu.

Thursday, July 8, 2010

Pasar Payang











Air Laut gelap membiru,
Mendayung perahu ke Pulau Redang,
Kalau datang ke Negeri Terengganu,
Jangan lupa ke Pasar Payang.

Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu mesti berkunjung ke Pasar Payang Terengganu.Pasar Payang adalah satu nama yang cukup gah dan terkenal di Terengganu.Untuk mengenali negeri Terengganu pelancong-pelancong boleh berkunjung di Pasar Payang,di sini mereka boleh lihat pelbagai barangan juga wajah-wajah Terengganu.