SLIDE

Friday, July 9, 2010

kurang bajet



















Ke Rantau Abang melihat penyu,
Singgah di pasar membeli kerang,
Hajat dihati melawat Terengganu,
Apakan daya bajetnya kurang.



Anda berminat melancong ke Terengganu?tapi RM anda kurang..
Melawat ke Terengganu adalah tidak memerlukan belanja yang banyak kecuali anda ingin pergi membeli-belah di sana.

Tanpa memerlukan kenderaan sendiri anda boleh menaiki bas ekspress dari mana-mana negeri yang mempunyai perkhidmatan bas ekspress terus ke Terengganu.Sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari pelbagai Syarikat seperti Trannasional yang berpengkalan di Stesen Bas Putra,PWTC.Dengan kadar tambang sebanyak RM40 anda akan sampai ke Terengganu.Untuk lebih mudah anda boleh menaiki bas waktu malam dan sampai di Kuala Terengganu pada pagi esoknya,kira-kira pukul 4.30 pagi.Dari stesen bas ekspress Kuala Terengganu anda akan disambut oleh ramai pemandu kereta sewa yang sedia berkhidmat untuk anda pada awal pagi,selain itu terdapat juga pemandu kereta prebet sapu juga yang sedia berkhidmat untuk anda(prebet sapu=kereta sewa haram).Anda tidak perlu takut,pemandu-pemandu kereta sewa atau prebet sapu ini kebanyakannya adalah warga tua yang peramah dan baik hati walaupun mereka memberi perkhidmatan secara haram.walaupun begitu anda boleh membuat pilihan kerana terdapat juga teksi yang memberi perkhidmatan pada awal pagi.Anda hanya perlu memaklumkan kepada mereka anda ingin singgah di mana-mana hotel bajet yang banyak terdapat di Kuala Terengganu,dengan kadar bayaran sebanyak RM100 ke bawah.Untuk bergerak disekitar Kuala Terengganu anda boleh menggunakan Bas Cas Ligas dengan kadar bayaran RM1 atau RM2 untuk anda meronda sebahagian besar Kuala Terengganu.Tempat perhentian dan persinggahan utama bas ini adalah di Taman Shah Bandar berhampiran Pejabat Pos besar berhadapan Istana Maziah.Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bgeca untuk ke persekitaran bandar Kuala Terengganu,selain itu perkhimatan teksi juga mudah didapati sekiranya anda ingin ke tempat yang lebih jauh seperti Muzium,Pulau Wan Man atau Taman Tamaddun Islam.Untuk lebih mudah perjalanan anda,anda hanya perlu lebih banyak bertanya...kerana rakyat Terengganu sentiasa berbangga jika anda sudi ke Terengganu.

No comments:

Post a Comment