SLIDE

Sunday, July 18, 2010

Prebet sapu








Menanak nasi segantang beras,
untuk hidangan si anak raja,
kalau tuan tertinggal bas,
prebet sapu tersedia ada.



'Prebet sapu',mungkin satu istilah yang asing bagi orang yang tak biasa mendengarnya,tetapi ini memainkan peranan dalam industri pelancongan Terengganu walaupun secara tidak sah.Antara pengangkutan utama apabila kita melancong tanpa kenderaan sendiri di Terengganu ialah teksi,bas,beca dan prebet sapu.
Prebet sapu ialah kereta atau van yang digunakan untuk mengangku penumpang kesatu-satu destinasi tanpa permit yang sah,dan menggunakan pelbagai jenis kenderaaan.Prebet sapu merupakan saingan utama kepada pemandu-pemandu teksi disini.Post saya kali ini bukan bermaksud menggalakkan pelancong yang datang ke Terengganu menggunakan prebet sapu,tetapi hakikat yang akan anda jumpa apabila anda datang menggunakan kenderaan awam ke Terengganu.Sekiranya anda sampai pada awal pagi dengan menggunakan bas ekspress pemandu-pemandu prebet sapu dan beca akan tersedia menunggu di stesen bas untuk memberi perkhidmatan,mereka akan menyapa dan bertanya ke mana arah tuju dan memberi tawaran,kebanyakan pemandu-pemandu prebet sapu ini adalah berusia awal 50an(berdasar pengalaman saya ketika menggunakan bas ekspress),perkhidmatan yang di berikan hanyalah di kawasan Kuala Terengganu,Marang,Bukit Payung dan tidak pergi terlalu jauh.Bayaran yang dikenakan mungkin mahal sedikit kerana perkhidmatan awal pagi,pelancong yang datang tanpa hala tuju boleh menggunakan perkhidmatan mereka untuk bertanyakan tempat tinggal atau hotel berhampiran,anda tidak perlu takut kerana kebanyakan mereka adalah mencari makan dengan cara itu tetapi berhati mulia dan sedia membawa anda ke destinasi.Sekiranya anda berasa tidak selamat menaiki prebet sapu pada awal pagi (bas ekpress tiba pada pukul 4.30 pagi dari K.L) anda boleh menggunakan perkhidmatan beca yang juga sentiasa memberi tawaran perkhidmatan pada awal pagi,tetapi cuma kawasan Kuala Terengganu,tetapi itu sudah cukup untuk anda mencari hotel yang berdekatan,samada hotel murah atau lima bintang,dan tuanpunya beca ini juga kebanyakan warga emas yang berusia 50 tahun ke atas,tetapi saya menasihatkan anda menggunakan beca sahaja untuk perjalanan dalam bandar Kuala Terengganu atau menuju destinasi pada awal pagi.Contohnya anda ingin mencari hotel yang terdekat.

No comments:

Post a Comment