SLIDE

Wednesday, July 21, 2010

Cas Ligas










Terjun ke sungai airnya deras,
mandi manda bergelak ketawa,
berwarna coklat bas cas ligas,
boleh naik kalau nak ronda.

Kalau pegunjung dari luar datang ke Terengganu ternampak bas yang bernama Cas Ligas pasti tertanya-tanya apa maksud Cas Ligas.Cas Ligas bermaksud 'aktif' atau sentiasa bergerak,bagi kanak-kanak kalau disebut Cas Ligas bermaksud seorang kanak-kanak itu aktif,cerdik dan sentiasa bergerak dan melakukan tugasan dan perkara yang baik.

Bagi bas yang diberi nama Cas Ligas ini adalah bas yang bergerak dalam sekitar Kuala Terengganu untuk membawa penumpang ke destinasi pelancongan yang terdekat atau dalam badar Kuala Terengganu sahaja.

No comments:

Post a Comment