SLIDE

Tuesday, July 20, 2010

Kampung Cina












Bermudik ke sungai mendayung perahu,
perahu dimuat jerami padi,
kampung cina di Kuala Terengganu,
berkurun lama kekal berseni.

Kampung Cina adalah sebuah kawasan bersejarah di Kuala Terengganu,terletak di pinggir sungai Terengganu dan mengikut sejah telah wujud 300 tahun dahulu,menjadi pelabuhan perdagangan yang sibuk pada ketika itu.Banyak bangunan bangunan di situ bernilai sejarah yang tinggi dan berseni,
kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah memulihara khazanah tersebut dan memperbaiki persekitaran dengan mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah disitu.Terdapat juga sebuah perigi yang dikatakan telah wujud sejak dahulu lagi. Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya malah dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat yang membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ.Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini di kalangan penduduk setempat.
Pembangunan terkawal juga rancak dilakukan dikawasan itu bagi menarik pelancongSelain kerja-kerja menaiktaraf struktur bangunan dan jalan dilakukan, kelihatan dua jambatan untuk pejalan kaki dan kenderaan yang akan menyambungkan Kampung Cina dan Pulau Warisan giat dijalankan.
Kampung Cina akan kelihatan lebih indah apabila projek pembangunan di Pulau Warisan seluas enam hektar yang terletak di kawasan berhampiran siap dalam tempoh dua tahun akan datang.
Sebuah jeti kecil juga dibina bagi kemudahan penduduk dan sekali gus bakal merancakkan aktiviti pelancongan di bandar raya ini.



No comments:

Post a Comment