SLIDE

Monday, July 19, 2010

Bumbung Raja










ke tebing sungai menebang rotan,
banyak bersarang si burung camar,
Bumbung Raja kawasan perkelahan,
udaranya nyaman belum tercemar.

Salah satu destinasi perkelahan yang paling saya gemari ialah Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir raja,tempat perkelahaan ini terletak berdekatan dengan air terjun Cemerong.Pasir Raja adalah satu perkampungan tradisi yang terletak kira-kira 50 km dari bandar Al-Muktafibillah Shah.
Perjalanan ke kampung Pasir Raja adalah dikelilingi oleh alam semulajadi sehinggalah kita berjumpa dengan Kampung Jonggok Batu,Syukur dan Pasir Raja.Penduduk Kampung ini lebih kurang 100 keluaga dengan kehidupan yang sangat hampir dengan alam yang belum tercemar.Apa yang menarik bagi saya di Bumbung Raja ialah kawasan ini adalah kawasan perkelahan keluarga,air sungai yang cetek,jernih dan tempat mandi manda yang sesuai bagi seisi keluarga untuk bersantai dan pengunjungnya tidak ramai dan kawasan itu dilengkapi kemudahan asas seperti tempat perkelahan lain.Berbanding dengan tempat lain seperti Cemerong,Kenyir dan Tasik Bukit Besi,kawasan ini lebih sesuai untuk anak-anak kita mandi dan bermain air kerana airnya cetek dan suasana terkawal.

No comments:

Post a Comment