SLIDE

Saturday, July 24, 2010

Jumaat










Ke warung Pak Ali membeli laksa,
membeli laksa juga baulu,
pagi Jumaat tidak bekerja,
hari istirehat penduduk Terengganu.

Dalam Malaysia terdapat beberapa perbezaan masa.Kalau suatu masa dahulu masa dan jam adalah berbeza,tetapi telah diseragamkan menjadi satu waktu yang sama seluruh Malaysia.Tetapi bagi masa cuti hujung minggu adalah masih lagi berbeza di anatara Terengganu dan beberapa negeri lain di Malaysia,
bagi negeri Terengganu hari Jumaat adalah hari minggu dan tidak bekerja,manakala negeri sebelah pantai barat adalah hari bekerja tetapi cuti pada hari Ahad.Perbezaan ini kadang-kadang pelancong dari luar seperti dari Kuala Lumpur merasakan sedikit perbezaan.Istilah cuti juga berbeza,bagi Kuala Lumpur cuti hujung minggu adalah cutu dan tidak bekerja bagi mereka yang 'makan gaji'tetapi bagi kedai-kedai yang menjalankan perniagaan tetap berniaga seperti biasa.Ini berlainan di Terengganu apabila hari Jumaat sebahagian besar kedai-kedai akan tutup,samaada tuan keadai itu berbangsa Cina,Melayu atau India.Mungkin di pusat bandar Kuala Terengganu pelancong akan melihat terdapat beberapa kedai dibuka,tetapi jika mereka ke pekan-pekan daerah sebahagian besarnya,terutama kedai-kedai yang telah lama berniaga di sini akan tutup.Kecuali pasaraya-pasaraya yang terdapat cawangan seluruh Malaysia seperti Mydin,Giant dan lain-lain.Sebagi panduan kepada pelancong-pelancong yang ingin mengunjungi Terengganu dengan niat hendak berbelanja di sini,sebaik-baiknya datanglah pada hari lain,kecuali dengan tujuan lain seperti melancong sahaja.

No comments:

Post a Comment