SLIDE

Monday, July 19, 2010

Istana Maziah










Pergi melawat tempat sejarah,
ditinggal bas menumpang kereta,
Istana Maziah tersergam indah,
menggamit pelancong berkunjung tiba

Bagi pelancong-pelancong yang berkunjung ke Terengganu pasti akanmelihat sebuah istana yang terletak berhampiran Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu iaitu berhampiran Pasar Kedai Payang yang menjadi tumpuan pelancong.
Istana Maziah adalah antara bangunaan bersejarah yang paling lama dibina di Terengganu dan masih digunakan hingga hari ini untuk adat istiadat rasmi sultan Terengganu.Istana Maziah juga terletak bersebelah Bukit Puteri iatu salah satu tempat bersejarah yang berkaitan dengan kesultanan melayu Terengganu.

Mengikut sejarah istana ini dibina bagi menggantikan istana hijau yang terbakar.Istana hijau telah dibina pada tahun 1870.Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula.Beberapa perubahan telah dilakukan selepas itu.

No comments:

Post a Comment