SLIDE

Sunday, July 18, 2010

Tengkujuh


Pinjam perahu pergi menjala,
Menjala ikan dilubuk keli,
Musim tengkujuh berkunjung tiba,
Air bah melimpah lagi.


Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita pada kebiasaannya akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor. Ketika itu, negeri-negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.


Seperti anda sedia maklum apabila tiba musim tengkujuh terutama bulan November dan Disember yang pada ketika itu adalah musim cuti sekolah maka ramai para pelancong yang ingin datang ke Terengganu akan berfikir dua kali,adakah destinasi percutian mereka akan selamat.


Untuk makluman para pelancong,banjir biasanya menenggelami jalan-jalan utama di kawasan tertentu sahaja setiap tahun,oleh itu para pelancong yang ingin ke Terengganu pada akhir tahun ini mestilah mendapat maklumat banjir terlebih dahulu daripada pihak berkuasa atau sentiasa memantau perkembangan banjir dalam media.Biasanya banjir teruk di Terengganu akan berlaku dua kali pada bulan November dan Disember,selepas itu biasanya tidak lagi banjir teruk(berdasar pengalaman saya anak Terengganu).Setiap kali banjir biasanya tiga hari sahaja untuk menunggu air kembali surut.

Apa yang menarik di Terengganu pada musim tengkujuh?Pada masa ini sekiranya anda melalui jalan-jalan di Terengganu anda akan melihat ramai penjual ikan air tawar yang tangkap ketika banjir ini,selain itu banyak ubi kayu turut dijual.

Festival hebat yang berlaku pada bulan Disember di Terengganu ialah Monsoon Cup,Pertandingan perahu layar peringkat yang disertai ramai pasukan dunia.

Apa itu Monsoon Cup?Monsoon Cup berlangsung pada bulan Disember di Kuala Terengganu,Pelancong boleh menonton acara pertandingan ini di padang Shah Bandar kerana banyak kerusi seperti stadium disediakan menghadap ke arah Kuala Sungai Terengganu.

Apa kepentingan Monsoon cup kepada pelancongan Terengganu?

Di Spanyol, kerajaan membelanjakan 1 bilion euro (kira-kira RM5 bilion) untuk menyediakaninfrastruktur di Valencia selaku lokasi pertandingan perahu layar America’s Cup, setiap empat tahunsekali. Pasukan yang bertarung cuma dua pasukan. Apakah rasional perbelanjaan sebesar itu? Kini,
Valencia mencatat kedatangan lima juta pelancong setahun terutama yang mengunjungi lokasi
pertandingan perahu layar paling klasik dan berprestij di dunia.
Matlamat sama juga disasarkan apabila Kerajaan Terengganu membina Kelab Teluk Warisan (HBC)
dengan kos keseluruhan RM200 juta (EU$40 juta) dan membida satu daripada siri pertandingan
perahu layar antarabangsa - World Match Racing Tour (WMRT) menerusi Monsoon Cup.
Hasilnya, pada tahun pertama (2005) selaku tuan rumah Monsoon Cup, Terengganu meraih
pendedahan media bernilai RM73 juta, RM123 juta (2006), RM150 juta (2007) dan disasarkan RM200
juta pada 2008.
Motif dan pemikiran sama juga yang mendorong kerajaan membina litar F1 di Sepang dan siaran
acara lumba kereta itu ditonton 500 juta penonton di seluruh dunia. Terbaru, Monsoon Cup 2007
dijadualkan berlangsung di HBC, Pulau Duyong pada 1 dan 2 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi
Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, berkata projek HBC dan Monsoon Cup mencetuskan
penyebaran maklumat ke seluruh dunia kerana pertandingan perahu layar sembilan siri itu mendapat
liputan antarabangsa sekali gus platform mudah mempromosi Terengganu ke persada dunia.
Siri WMRT mencetuskan segmen siaran selama 155 jam dan ditonton 426 juta orang di seluruh dunia.
Liputan Monsoon Cup untuk Asia menerusi ESPN Star selain 13 saluran sukan stesen TV untuk
siaran di United Kingdom, Eropah, Eropah barat dan timur, Belanda, Portugal, Asia Barat, Asia,
negara Scandinavia, New Zealand, negara Latin dan Amerika Selatan, Afrika, Jepun, Amerika
Syarikat dan Australia.

Namun, beliau berkata, impak lain dan yang tersirat di sebalik Monsoon Cup ialah penukaran
pemikiran masyarakat tempatan yang selama ini menunggu kedatangan musim tengkujuh dengan resah. Melalui musim hujan itu dengan kepayahan. Kemudian menjalani kehidupan selepas tengkujuh
dengan beban.
“Monsoon Cup bukan setakat perlumbaan perahu, tetapi menukar persepsi musim tengkujuh yang
masih boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana ekonomi khususnya bidang
pelancongan.
“Ia juga bukti sektor pelancongan tidak lagi bermusim di Terengganu. Monsoon Cup berjaya menukar
persepsi bahawa musim tengkujuh bukan untuk berdiam diri di rumah. Kalau di negara sejuk, mereka
memakai pakaian tebal ketika musim salji. Jadi di sini, kita menggunakan payung dan baju hujan
ketika tengkujuh untuk meneruskan kegiatan seharian,” katanya yang juga Pengerusi T-Best Events
Sdn Bhd (T-Best), syarikat yang menganjurkan Monsoon Cup.(sumber: http://www.monsooncup.com.my/news/BHOnline%2021%20Nov%20Monsoon%20Cup%20jana%20ekonomi%20Terengganu.pdf

sesiapa yang berminat tentang monsoon cup boleh melayari: http://www.monsooncup.com.my/

No comments:

Post a Comment