SLIDE

Monday, July 12, 2010

Loghat Terengganu


Pergi memancing ikan tenggiri,
Dimasak lemak enak rasanya,
Adab dan budi mencerminkan diri,
Tutur bahasa menunjukkan bangsa.



Pelancong-pelancong luar yang datang ke Terengganu mungkin bermasalah sedikit dengan bahasa atau loghat yang digunakan oleh penduduk Terengganu,terutama bagi mereka yang tidak pernah bergaul dengan rakyat Terengganu.

Kadangkala orang luar Terengganu menganggap loghat Kelantan adalah loghat Terengganu.
Loghat Terengganu adalah tersendiri dan tidak sama dengan mana-mana negeri,mungkin bagi penduduk yang tinggal di sempadan Terengganu & Pahang dan Terengganu & Kelantan sahaja yang bertutur dalam loghat Terengganu atau memahami loghat Terengganu asli.Apa yang diketahui oleh sesetengah orang luar Terengganu bahawa loghat Terengganu hanya menambah perkataan 'ng' di belakang sesuatu perkataan yang mempunyai sebutan 'an'.Sebenarnya terdapat pelbagai perkataan lain yang berkaitan loghat Terengganu dan tidak ada penambahan 'ng' tetapi adalah istilah tersendiri,contoh perkataan yang banyak digunakan ialah 'cakna' yang bermaksud mengambil berat atau mengambil tahu tentang sesuatu hal.
Di sini saya sertakan beberapa perkataan yang biasa digunakan oleh penduduk asli Terengganu:

dok wat=tidak buat atau tidak melakukan
tak dok=tiada
selalu=sekarang(contoh: 'makan selalu' bermaksud 'makan sekarang')
guana=macamana
cas ligas=aktif
muroh doh=sudah terlalu murah
kohor-kohor=perlahan-lahan
gi=pergi
mung=kamu
bakpe=sebab apa
dinung=di sana

No comments:

Post a Comment