SLIDE

Thursday, July 8, 2010

Pasar Payang











Air Laut gelap membiru,
Mendayung perahu ke Pulau Redang,
Kalau datang ke Negeri Terengganu,
Jangan lupa ke Pasar Payang.

Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu mesti berkunjung ke Pasar Payang Terengganu.Pasar Payang adalah satu nama yang cukup gah dan terkenal di Terengganu.Untuk mengenali negeri Terengganu pelancong-pelancong boleh berkunjung di Pasar Payang,di sini mereka boleh lihat pelbagai barangan juga wajah-wajah Terengganu.


Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan.
Bagi kaum wanita yang berkunjung di sini sudah pasti akan membeli batik Terengganu yang boleh didapati dengan harga berpatutan berbanding butik-butik terkenal di luar Terengganu.Walaupun kain yang sama,pelancong boleh membeli dengan harga yang lebih rendah.Selain batik barangan tembaga,makanan tradisional Terengganu boleh dibeli disini.Sesiapa yang melawat ke Terengganu adalah tidak lengkap lawatannya sekiranya tidak singgah ke Pasar Payang.

No comments:

Post a Comment