SLIDE

Monday, July 19, 2010

Beca










pergi kenduri di kampung Serada,
singgah di pasar membeli ikan,
bas tiada kereta pun tiada,
beca Pak tua jadi pilihan.


Di bandar Kuala Terengganu terutama di kawasan Pasar Kedai Payang anda melihat deretan beca yang menjadi pilihan kepada pengguna untuk bergerak di sekitar bandar Kuala Terengganu.
Sebenarnya beca ini sangat terkenal di kebanyakan daerah dalam negeri Terengganu,tetapi semakin hilang di telan zaman,mungkin disebabkan ramai generasi baru mempunyai pilihan kerja yang semakin banyak,hanya yang masih kekal dan kelihatan ialah di sekitar bandar Kuala Terengganu tetapi itu pun tidak banyak,lebih kurang sepuluh buah sahaja.Semua pemilik beca ini adalah warga emas yang mungkin tiada ada lagi pengganti selepas ini.Kemungkinan beca akan jadi sejarah di Kuala Terengganu selepas ini.Bagi pelancong-pelancong yang ingin bergerak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu boleh menggunakan perkhidmatan beca ini untuk bergerak,pengetahuan pengayuh beca ini tentang Bandar Kuala Terengganu mungkin lebaih luas berbanding dengan orang lain,kerana mereka adalah warga emas yang tinggal disitu sejak berzaman lagi,dan melihat perkembangan sejarah Kuala Terengganu di depan mata setiap hari.Kebanyakan pengayuh beca ini tidak menetapkan harga yang tetap untuk perkhidmatan mereka,tetapi anda perlulah bayar dengan berpatutan dengan perkhidmatan yang diberi.Kadang-kadang kita bimbang melihat pengayuh beca ini yang berusia emas mengayuh beca dengan membawa penumbang yang dan barang yang berat,berdayakah mereka?Sebenarnya tenaga kaki mereka lebih bertenaga daripada penumpang yang mereka bawa,kerana setiap hari mereka mengayuh beca dan kaki mereka lebih kuat staminanya tanpa perlu jogging dan bersenam

No comments:

Post a Comment