SLIDE

Sunday, July 18, 2010

Kenderaan Awam




Di tepi pantai pemandangan indah,
ramai nelayan mendayung perahu,
kalau mahu pengalaman indah,
naiklah bas ke mana dituju.
Bagi pelancong yang tidak menggunakan kenderaan sendiri mereka boleh menggunakan kenderaan awam menuju ke destinasi luar Kuala Terengganu,contohnya ke Kuala Berang,Dungun atau Besut.
Semua daerah utama di Terengganu mempunyai perkhidmatan bas berhenti-henti dengan kadar bayaran yang berpatutan,sekiranya anda turun kapal terbang atau bas ekspress di Kuala Terengganu anda boleh mendapatkan bas ke daerah-daerah tertentu yang mempunyai destinasi pelancongan dengan kadar bayaran berpatutan:contohnya bagi mereka yang turun di Kuala Terengganu tetapi ingin ke Tasik Kenyir di Kuala Berang boleh mendapatkan bas distesen bas MPKT yang menuju ke Kuala Berang dengan kadar bayaran sebanyak RM 5.00,anda hanya perlu banyak bertanya sahaja,sekiranya anda tidak berminat menaiki bas anda boleh menaiki teksi di stesen teksi yang berhampiran dengan kadar bayaran RM15.00.Semua Bas dan teksi yang menuju ke daerah-daerah utama Terengganu akan menjadikan Perhentian MPKT sebagai perhentian utama,oleh itu jangan lupa banyak bertanya dan melihat signboard pada bas.

No comments:

Post a Comment