SLIDE

Wednesday, July 14, 2010

Percutian di Pulau










Pergi memancing ikan tenggiri,
ikan dipotong dimasak kari,
Pulau Redang indah sekali,
Destinasi pelancongan termasyur kini.

'Melancong ke Pulau' adalah antara faktor utama ramai pelancong yang mengunjungi Terengganu,antara Pulau-pulau yang terkenal di Terengganu ialah Pulau Redang,Pulau Kapas dan Pulau Perhentian.Di sini saya ini memberi beberapa panduan dan maklumat untuk pelancong yang berminat melancong ke Pulau-pulau Terengganu.
Pulau yang menjadi pilihan saya ialah Pulau Redang,memandangkan Pulau ini adalah Pulau yang sering menjadi pilihan pelancong untuk mendampingkan diri dengan keindahan dasar lautan.Pulau Redang adalah pulau yang sentiasa dipantau agar kemajuan dan pembangunan yang dijalankan di sini tidak memusnahkan alam.Disekeliling Pulau ini juga adalah kawasan snorkling yang sangat cantik bagi mereka yang ingin melihat batu karang.Terdapat juga Taman Laut yang mana pelancong berpeluang untuk snorkling dengan selamat dan keindahan dasar yang masih terjaga.Pelancong-pelancong berpeluang berenang bersama ikan dan memberi makanan kepada ikan.
Snorkling sangat popular di sini. Pantainya yang landai dan cetek. Pasirnya putih bersih. Airnya jernih. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara. Mereka akan menghampiri anda hanya dengan beberapa menabur cebisan roti dan biskut di permukaan air. Anda tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkling kerana ianya berlaku di tepi pantai di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi anda dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.
Bagaimana hendak ke sana?itu soalan yang sering ditanya oleh pelancong yang belum pernah pergi ke Pulau Redang.Bagi mereka yang hendak ke Pulau Redang mereka boleh menggunakan mana-mana jeti yang menyediaka perkhidmatan bot ke Pulau Redang,tetapi yang menjadi kebiasaan bagi mereka yang hendak ke Pulau redang,jeti di pantai Merang adalah yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Redang.Jika anda sampai di Kuala Terengganu anda boleh menggunakan teksi yang banya terdapat di situ dengan kadar RM10 ke atas,sekiranya dari lapangan terbang anda boleh menggunakan teksi lapangan terbang dengan kadar RM60,di jeti Merang memang terdapat bot yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau Redang,kadar tambangnya ialah Tambang bot pergi-balik (Jeti Merang – Pulau Redang – Jeti Merang) lebih kurang RM50-RM60.Tempat tinggal di sana juga banyak dari chalet hinggalah hotel lima bintang.Perjalanan dengan bot ke Pulau ini memakan masa selama 45 minit,biasanya bertolak pada waktu pagi kerana pada waktu petang laut bergelora.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment