SLIDE

Thursday, July 22, 2010

Penyu










Naik perahu mudik ke hulu,
sambil mendayung memancing ikan,
hasrat ke Terengganu melihat penyu,
penyu menghilang ditelan zaman.


Masih adakah penyu di Rantau Abang?satu soalan yang sukar dijawab oleh penduduk Terengganu sendiri.Hakikat yang perlu diterima,pada tahun 1970an sebut sahaja Rantau Abang semestinya penyu,terutama penyu belimbing,
pada tahun 1990 saya pernah sekali bersama-sama kawan sekolah ke Rantau Abang,berada di sana hingga awal pagi akhirya dapat melihat seekor penyu Belimbing naik ke pantai untuk bertelur.Itulah kali pertama dan terakhir saya lihat penyu belimbing,spesis lain selalu juga di lihat di dalam akuarium.Penyu Belimbing semakin jarang dijumpai mungkin susah untuk dijumpai.Namun pelancong-pelancong masih boleh pergi ke Rantau Abang kerana di situ terdapat banyak galeri dan pusat kajian dan pembiakan penyu yang masih boleh dilawati untuk menambah pengetahuan tentang penyu.

Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk kajian dan pembiakan penyu di Terengganu dan diharap penyu tidak akan merajuk lagi dan kembali mendarat di Terengganu.

kadang-kadang pelawat akan melihat telur penyu dijual secara terbuka di pasar-pasar,semoga perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang di Terengganu.

Orang ramai diharap tidak lagi membeli telur penyu yang dijual,kerana selagi ada permintaan penjualan telur penyu tetap berlaku.Sedangkan kajian yang dijalankan telur penyu banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.

No comments:

Post a Comment