SLIDE

Thursday, July 15, 2010

Memancing di Kenyir







Anak harimau bergigi taring,
Berburu di hutan mencari makanan,
Kalau anda kaki pancing,
Tasik Kenyir destinasi pilihan.


Tasik Kenyir merupakan satu destinasi alam yang sangat terkenal,terutama sekali bagi kaki pancing.Antara tasik buatan yang terbesar di Asia yang menjadi igauan kepada kaki pancing,sekiranya anda seorang kaki pancing air tawar inilah destinasi yang sebenar,dengan kadar sewa ‘botrumah’ lebih kurang RM300 untuk 2 hari 1 malam,anda akan memperolehi pengalaman memancing yang tak akan dilupakan.
Sekiranya anda ingin keselesaan anda boleh botrumah atau rumah rakit yang lebih besar yang mempunyai bilik dan kelengkapan lain yang lebih selesa,tetapi bagi kaki pancing bot yang membolehkan mereka berehat dan memancing dengan ala kadar sudah cukup.Sekiranya anda bersama keluarga lebih baik menyewa bot yang lebih besar dan selesa,dengan kadar hargi yang mungkin lebih mahal tetapi member pengalaman baru yang sukar dilupakan.
Untuk ke Tasik Kenyir,sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh terus dengan kenderaan anda melalui jalan Jerangau-Jabor dan terus ke Kuala Berang dan Tasik Kenyir berpandukan Signboard yang terdapat disemua simpang jalan.Sekiranya anda menaiki bas,Ekspress Tasik Kenyir yang boleh dinaiki di hentian Putra akan membawa anda terus ke Tasik Kenyir.
Di Tasik Kenyir anda tidak perlu tentang penginapan,terdapat banyak Calet,hotel ,asrama juga bot-bot yang menawarkan tempat tinggal di atas bot dan pakej memancing.
Agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan Tasik Kenyir ialah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Sebarang pertanyaan mengenai pelancongan di Tasik Kenyir boleh berhubung terus dengan :-

Pusat Penerangan Pelancongan
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
21700 Terengganu, Malaysia
No. Telefon: 09-6267788, 09-8223100
Email: tasikkenyir@netscape.net
http: //www.ketengah.gov.my/kenyir/

No comments:

Post a Comment