SLIDE

Tuesday, July 20, 2010

Nekbat











Pengantin baru wajah berseri,
Jeling menjeling bergurau mesra,
Kuih nekbat pilihan hati,
rasanya manis menambah selera.

Sekiranya berkunjung ke Terengganu terutama pada bulan puasa yang kian hampir ini,mungkin akan terjumpa pelbagai jenis kuih.kadang-kala kuih tersebut tidak terdapat di negeri lain.Antara kuih menjadi perhatian pengunjung ke Pantai Timur ialah kuih Nekbat.

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

No comments:

Post a Comment