SLIDE

Tuesday, July 13, 2010

Air Terjun Cemerong













Di tepi perigi ubi ditanam,
ubi dimakan bersama sagu,
Kalau ingin berdamping alam,
Air terjun Cemerong destinasi dituju.



Air terjun cemerong adalah antara destinasi pelancongan yang kian mendapat tempat di kalangan pengunjung-pengunjung ke Terengganu,beberapa tahun yang lalu air terjun ini tidak dikenali dan tiada laluan atau jalan yang baik untuk ke sini.Tetapi sejak akhir-akhir ini air terjun Cemerong menjadi destinasi kepada pencinta alam semulajadi.Air terjun Cemerong yang tinggi boleh dilihat dari jalanraya menuju ke Pasir Raja ini sering mengamit pengunjung terutama pada hari minggu untuk mandi manda dan berriadah.Bagi makluman kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke destinasi alam ini boleh melalui jalan Jerangau-Jabor,dan terdapat Simpang masuk ke Pasir Raja di bandar Al Muktafibillah Shah.Perjalanan kira-kira 50 km,lebih mengujakan dengan jalaraya yang dikelilingi oleh alam semulajadi sebelum sampai ke Kampung jonggok batu seterusnya air terjun Cemerong.

Songket















Pergi ke huma menabur baja,
membawa bekal kuih baulu,
Indahnya sungguh dipagi raya,
berbaju melayu bersongket Terengganu.

Bulan Ramadan hampir menjelang tiba,umat islam seluruh dunia akan mula berpuasa dalam jangkamasa sebulan saja lagi.Seterusnya berhari raya.Apabila bercerita tentang hari raya maka perkaitannya dengan baju melayu dan kain songket amatlah rapat di kalangan kaum lelaki Melayu di Malaysia.Apabila disebut kain songket maka ramai antara kita akan terbayang kain yang berkilat-kilat dan mempunyai corak tertentu dan dipakai bersama baju melayu,dan tidak lengkap sekiranya berbaju melayu tetapi tidak bersampin dengan kain songket.

Monday, July 12, 2010

Loghat Terengganu


Pergi memancing ikan tenggiri,
Dimasak lemak enak rasanya,
Adab dan budi mencerminkan diri,
Tutur bahasa menunjukkan bangsa.



Pelancong-pelancong luar yang datang ke Terengganu mungkin bermasalah sedikit dengan bahasa atau loghat yang digunakan oleh penduduk Terengganu,terutama bagi mereka yang tidak pernah bergaul dengan rakyat Terengganu.

Sunday, July 11, 2010

Asal nama Terengganu









Pak Ali menjual nangka,
Nangka dipetik diwaktu pagi,
Penduduknya ramah berbudi bahasa,
itulah Terengganu negeri tradisi.


Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang.