SLIDE

Saturday, July 31, 2010

Budu dan tempoyak










Pengat durian pulut berkuah,
untuk hidangan pergi berkelah,
tempoyak dan budu terhidang sudah,
makan berselera pasti bertambah.

Musim buah telah menjelang,raja buah menjadi hidangan di mana-mana kita pergi.Durian yang terlalu banyak dan tidak boleh disimpan lama pasti akan dijadikan tempoyak.Sebut saja tempoyak pasti semua orang tahu.Di Terengganu tempoyak mempunyai perkaitan dengan budu,iaitu sos tradisional atau di kenali sos bilis.Biasanya penduduk di sini akan mencampurkan tempoyak dengan budu,perahan asam limau dan cili padi.Tempoyak tadi akan dicecah dengan ikan panggang atau jantung pisang yang rebus.Bagi sesetengah orang ikan panggang dan tempoyak yang dicampur budu ini sudah cukup untuk membuka selera ,tanpa lauk lain.

Lemang Kijal








Pergi meminang anak Kak Bedah,
sudah bertunang jangan tak jadi,
lemang Kijal terkenal sudah,
rasanya sedap lemak sekali.


Apabila pelancong melalui jalan darat ke Terengganu melalui jalan sebelah pantai maka mereka akan melalui Kijal,Kemamam.kawasan ini terkenal dengan lemang,

Nasi lemak









Pergi ke kebun membuat pagar,
pagar dipancang sebagai halangan,
bangun pagi terasa lapar,
nasi lemak jadi hidangan.

Selain Nasi Dagang,keropok Lekor dan makanan tradisi lain Nasi Lemak juga makanan kebiasaan di Terengganu.Di negeri lain seperti Kuala Lumpur nasi lemak dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk pilihan seperti ayam,daging,kerang dan sebagainya.

Thursday, July 29, 2010

Batu bersurat











Beli durian dibuat bubur,
sedap rasanya pulut berkuah,
batu bersurat sudah tersohor,
kedatangan Islam tercatat sejarah.



Apabila disebut sahaja 'batu bersurat' banyak perkaitannya dengan negeri Terengganu dan sejarah Islam.
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

memancing







Makan nasi berulam jering,
lauknya enak nasi bertambah,
kalaulah hobi suka memancing,
tasik dan sungai semua diredah.

Pelancongan di Terengganu kebanyakan berkaitan dengan air dan alamsemulajadi.Tasik,pulau,air terjun dan sungai kebanyakannya menjadi destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan.Pelancongan dan perkaitan dengan air akan mengaitkan dengan bot,memancing dan keindahan.

Wednesday, July 28, 2010

Musim buah










Pergi ke pasar berjalan kaki,
kaki luka terpijak duri,
musim durian menjelang lagi,
harga berpatutan rasanya sedap sekali.

Sekarang, sekiranya melancong ke Terengganu anda akan melihat deretan kedai buah-buah di sepanjang jalan terutama jalan yang melalui kampung-kampung.

Monday, July 26, 2010

Pasaraya besar










Waktu pagi pergi ke pasar,
beli sebiji buah nangka,

kalau hendak ke pasaraya besar,
negeri Terengganu bukan tempatnya.
Pantun di atas mungkin sesuai untuk negeri Terengganu.Bagi mereka yang pernah datang atau berada di Terengganu mereka tidak akan jumpa pasaraya-pasaraya besar yang gah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan lain-lain.

rojak katih









Bulan Disember dilanda bah,hujan turun banjir melanda,
rasanya pedas sedap dilidah,

itulah dia rojak katih namanya.

Saya tidak pasti sama ada makanan ini ada di negeri lain,setakat ini saya belum jumpa di mana-mana negeri kecuali Kelantan dan Terengganu.

Saturday, July 24, 2010

restoran Mat binjai


waktu malam menanak nasi,
makan nasi berlauk ikan,
kalau nak makan hidangan tradisi,
Restoran Mat Binjai destinasi tujuan.

Jumaat










Ke warung Pak Ali membeli laksa,
membeli laksa juga baulu,
pagi Jumaat tidak bekerja,
hari istirehat penduduk Terengganu.

Dalam Malaysia terdapat beberapa perbezaan masa.Kalau suatu masa dahulu masa dan jam adalah berbeza,tetapi telah diseragamkan menjadi satu waktu yang sama seluruh Malaysia.Tetapi bagi masa cuti hujung minggu adalah masih lagi berbeza di anatara Terengganu dan beberapa negeri lain di Malaysia,

Thursday, July 22, 2010

Penyu










Naik perahu mudik ke hulu,
sambil mendayung memancing ikan,
hasrat ke Terengganu melihat penyu,
penyu menghilang ditelan zaman.


Masih adakah penyu di Rantau Abang?satu soalan yang sukar dijawab oleh penduduk Terengganu sendiri.Hakikat yang perlu diterima,pada tahun 1970an sebut sahaja Rantau Abang semestinya penyu,terutama penyu belimbing,

Wednesday, July 21, 2010

Cas Ligas










Terjun ke sungai airnya deras,
mandi manda bergelak ketawa,
berwarna coklat bas cas ligas,
boleh naik kalau nak ronda.

Kalau pegunjung dari luar datang ke Terengganu ternampak bas yang bernama Cas Ligas pasti tertanya-tanya apa maksud Cas Ligas.Cas Ligas bermaksud 'aktif' atau sentiasa bergerak,bagi kanak-kanak kalau disebut Cas Ligas bermaksud seorang kanak-kanak itu aktif,cerdik dan sentiasa bergerak dan melakukan tugasan dan perkara yang baik.

Tuesday, July 20, 2010

Nekbat











Pengantin baru wajah berseri,
Jeling menjeling bergurau mesra,
Kuih nekbat pilihan hati,
rasanya manis menambah selera.

Sekiranya berkunjung ke Terengganu terutama pada bulan puasa yang kian hampir ini,mungkin akan terjumpa pelbagai jenis kuih.kadang-kala kuih tersebut tidak terdapat di negeri lain.Antara kuih menjadi perhatian pengunjung ke Pantai Timur ialah kuih Nekbat.

Kampung Cina












Bermudik ke sungai mendayung perahu,
perahu dimuat jerami padi,
kampung cina di Kuala Terengganu,
berkurun lama kekal berseni.

Kampung Cina adalah sebuah kawasan bersejarah di Kuala Terengganu,terletak di pinggir sungai Terengganu dan mengikut sejah telah wujud 300 tahun dahulu,menjadi pelabuhan perdagangan yang sibuk pada ketika itu.Banyak bangunan bangunan di situ bernilai sejarah yang tinggi dan berseni,

Monday, July 19, 2010

Bumbung Raja










ke tebing sungai menebang rotan,
banyak bersarang si burung camar,
Bumbung Raja kawasan perkelahan,
udaranya nyaman belum tercemar.

Salah satu destinasi perkelahan yang paling saya gemari ialah Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir raja,tempat perkelahaan ini terletak berdekatan dengan air terjun Cemerong.Pasir Raja adalah satu perkampungan tradisi yang terletak kira-kira 50 km dari bandar Al-Muktafibillah Shah.

Taman tamadun Islam










Memancing ikan dengan perahu,
ikan dipancing mendapat ketam,
kalau pergi ke Kuala Terengganu,
Jangan lupa ke Taman Tamadun Islam.

Taman Tamadun Islam merupakan satu destinasi pelancongan yang berhampiran bandar Kuala Terengganu,di sini menempatkan senibina-senibina islam dari pelbagai negara.

Beca










pergi kenduri di kampung Serada,
singgah di pasar membeli ikan,
bas tiada kereta pun tiada,
beca Pak tua jadi pilihan.


Di bandar Kuala Terengganu terutama di kawasan Pasar Kedai Payang anda melihat deretan beca yang menjadi pilihan kepada pengguna untuk bergerak di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Istana Maziah










Pergi melawat tempat sejarah,
ditinggal bas menumpang kereta,
Istana Maziah tersergam indah,
menggamit pelancong berkunjung tiba

Bagi pelancong-pelancong yang berkunjung ke Terengganu pasti akanmelihat sebuah istana yang terletak berhampiran Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu iaitu berhampiran Pasar Kedai Payang yang menjadi tumpuan pelancong.

Sunday, July 18, 2010

Kenderaan Awam




Di tepi pantai pemandangan indah,
ramai nelayan mendayung perahu,
kalau mahu pengalaman indah,
naiklah bas ke mana dituju.
Bagi pelancong yang tidak menggunakan kenderaan sendiri mereka boleh menggunakan kenderaan awam menuju ke destinasi luar Kuala Terengganu,contohnya ke Kuala Berang,Dungun atau Besut.

Candat sotong
















Pergi ke sungai menahan bubu,
singgah di kebun memetik terung,
kalau mahu pengalaman baru,
melancong ke Terengganu mencandat sotong.

Antara kalendar pelancongan yang baru diperkenalkan ialah aktiviti mencandat sotong,aktiviti mencandat sotong akan berlangsung pada bulan April hingga Julai,pada asalnya adalah aktiviti nelayan yang menangkap sotong pada waktu malam di perairan Terengganu dengan cara mencandat,tetapi aktiviti ini sangat menarik dan menjadi satu tarikan pelancongan bagi mereka yang ingin pengalaman mencandat sotong.

Prebet sapu








Menanak nasi segantang beras,
untuk hidangan si anak raja,
kalau tuan tertinggal bas,
prebet sapu tersedia ada.



'Prebet sapu',mungkin satu istilah yang asing bagi orang yang tak biasa mendengarnya,tetapi ini memainkan peranan dalam industri pelancongan Terengganu walaupun secara tidak sah.Antara pengangkutan utama apabila kita melancong tanpa kenderaan sendiri di Terengganu ialah teksi,bas,beca dan prebet sapu.

Tengkujuh


Pinjam perahu pergi menjala,
Menjala ikan dilubuk keli,
Musim tengkujuh berkunjung tiba,
Air bah melimpah lagi.


Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita pada kebiasaannya akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor. Ketika itu, negeri-negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Saturday, July 17, 2010

Kelah dan Kenyir















Waktu pagi pergi sekolah,
Bermain bola diwaktu petang,
Kalau nak lihat ikan kelah,
destinasi anda ke Sungai Petang.

Destinasi Tasik Kenyir merupakan salah satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di Terengganu terutama bagi kaki pancing,Dengan menyewa sebuat ‘rumahbot’ pelancong boleh bersantai sambil memancing dengan tenang,tetapi ada tempat yang tidak dibenarkan memancing di sini dan menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat ikan Kelah yang jinak dan bermesra dengan ikan Kelah iaitu Santuari Kelah di Sungai Petang.

Friday, July 16, 2010

keropok Lekor










Pagi-pagi menjala ikan,
Menjala ikan atas perahu,
Keropok lekor makanan berzaman,
Selera tradisi negeri Terengganu.

Post saya sebelum ini berkaitan makanan tradisi Terengganu seperti nasi Dagang dan Budu,Post saya kali ini ialah berkaitan Keropok Lekor,iaitu makanan yang sememangnya terkenal dan gah bagi penduduk Terengganu.Pelancong-pelancong yang datang ke Terengganu 'mesti' dan 'pasti' akan membeli atau makan keropok lekor Terengganu.

Budu




Buat rumah di Kuala Sedeli,
Kayu Cengal dibuat lantai,
Makan nasi berselera sekali,
Sebab ada budu dan petai.




Budu adalah antara makanan tradisional dan popular di Terengganu,di mana-mana sahaja dalam negeri Terengganu pasti ada jual budu,budu atau sos bilis adalah adalah makanan yang terkenal di pantai timur Terengganu dan Kelantan,dan sekiranya mereka yang berasal dari sini pasti tahu bagaimana memakan budu dengan nasi.

Thursday, July 15, 2010

Memancing di Kenyir







Anak harimau bergigi taring,
Berburu di hutan mencari makanan,
Kalau anda kaki pancing,
Tasik Kenyir destinasi pilihan.


Tasik Kenyir merupakan satu destinasi alam yang sangat terkenal,terutama sekali bagi kaki pancing.Antara tasik buatan yang terbesar di Asia yang menjadi igauan kepada kaki pancing,sekiranya anda seorang kaki pancing air tawar inilah destinasi yang sebenar,dengan kadar sewa ‘botrumah’ lebih kurang RM300 untuk 2 hari 1 malam,anda akan memperolehi pengalaman memancing yang tak akan dilupakan.

Wednesday, July 14, 2010

Percutian di Pulau










Pergi memancing ikan tenggiri,
ikan dipotong dimasak kari,
Pulau Redang indah sekali,
Destinasi pelancongan termasyur kini.

'Melancong ke Pulau' adalah antara faktor utama ramai pelancong yang mengunjungi Terengganu,antara Pulau-pulau yang terkenal di Terengganu ialah Pulau Redang,Pulau Kapas dan Pulau Perhentian.Di sini saya ini memberi beberapa panduan dan maklumat untuk pelancong yang berminat melancong ke Pulau-pulau Terengganu.

Tuesday, July 13, 2010

Air Terjun Cemerong













Di tepi perigi ubi ditanam,
ubi dimakan bersama sagu,
Kalau ingin berdamping alam,
Air terjun Cemerong destinasi dituju.



Air terjun cemerong adalah antara destinasi pelancongan yang kian mendapat tempat di kalangan pengunjung-pengunjung ke Terengganu,beberapa tahun yang lalu air terjun ini tidak dikenali dan tiada laluan atau jalan yang baik untuk ke sini.Tetapi sejak akhir-akhir ini air terjun Cemerong menjadi destinasi kepada pencinta alam semulajadi.Air terjun Cemerong yang tinggi boleh dilihat dari jalanraya menuju ke Pasir Raja ini sering mengamit pengunjung terutama pada hari minggu untuk mandi manda dan berriadah.Bagi makluman kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke destinasi alam ini boleh melalui jalan Jerangau-Jabor,dan terdapat Simpang masuk ke Pasir Raja di bandar Al Muktafibillah Shah.Perjalanan kira-kira 50 km,lebih mengujakan dengan jalaraya yang dikelilingi oleh alam semulajadi sebelum sampai ke Kampung jonggok batu seterusnya air terjun Cemerong.

Songket















Pergi ke huma menabur baja,
membawa bekal kuih baulu,
Indahnya sungguh dipagi raya,
berbaju melayu bersongket Terengganu.

Bulan Ramadan hampir menjelang tiba,umat islam seluruh dunia akan mula berpuasa dalam jangkamasa sebulan saja lagi.Seterusnya berhari raya.Apabila bercerita tentang hari raya maka perkaitannya dengan baju melayu dan kain songket amatlah rapat di kalangan kaum lelaki Melayu di Malaysia.Apabila disebut kain songket maka ramai antara kita akan terbayang kain yang berkilat-kilat dan mempunyai corak tertentu dan dipakai bersama baju melayu,dan tidak lengkap sekiranya berbaju melayu tetapi tidak bersampin dengan kain songket.

Monday, July 12, 2010

Loghat Terengganu


Pergi memancing ikan tenggiri,
Dimasak lemak enak rasanya,
Adab dan budi mencerminkan diri,
Tutur bahasa menunjukkan bangsa.



Pelancong-pelancong luar yang datang ke Terengganu mungkin bermasalah sedikit dengan bahasa atau loghat yang digunakan oleh penduduk Terengganu,terutama bagi mereka yang tidak pernah bergaul dengan rakyat Terengganu.

Sunday, July 11, 2010

Asal nama Terengganu









Pak Ali menjual nangka,
Nangka dipetik diwaktu pagi,
Penduduknya ramah berbudi bahasa,
itulah Terengganu negeri tradisi.


Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang.

Pelancongan dan air




Menggali perigi mencari air,
Air ditimba ke dalam baldi,
Negeri indah digigi air,
Terengganu Darul iman nama diberi.
Apabila disebut Terengganu dan pelancongan maka perkaitan tentang air amatlah rapat.Pelancongan ke Terengganu bukanlah perkaitan dengan taman tema air yang banya terdapat di kota-kota dan bandar-bandar lain,tetapi melancong ke Terengganu adalah berkaitan dengan air dan alam semulajadi.

Nasi Dagang



Ke Pulau Redang mendayung perahu,
Perahu tersangkut di batu karang,
Kalau tuan datang ke Terengganu,
Jangan lupa makan nasi dagang.

Antara makanan tradisional Terengganu yang terkenal ke pelosok tanah air sekarang ialah Nasi Dagang.Sekiranya anda melancong ke Terengganu jangan lupa menjamu selera dengan Nasi Dagang,bagi mereka yang pernah makan Nasi Dagang Terengganu pasti akan merasakan perbezaan dengan Nasi Dagang yang pernah makan di luar Terengganu,kecuali yang dimasak oleh anak Terengganu sendiri.

Friday, July 9, 2010

kurang bajet



















Ke Rantau Abang melihat penyu,
Singgah di pasar membeli kerang,
Hajat dihati melawat Terengganu,
Apakan daya bajetnya kurang.



Anda berminat melancong ke Terengganu?tapi RM anda kurang..
Melawat ke Terengganu adalah tidak memerlukan belanja yang banyak kecuali anda ingin pergi membeli-belah di sana.

Tanpa memerlukan kenderaan sendiri anda boleh menaiki bas ekspress dari mana-mana negeri yang mempunyai perkhidmatan bas ekspress terus ke Terengganu.Sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari pelbagai Syarikat seperti Trannasional yang berpengkalan di Stesen Bas Putra,PWTC.Dengan kadar tambang sebanyak RM40 anda akan sampai ke Terengganu.Untuk lebih mudah anda boleh menaiki bas waktu malam dan sampai di Kuala Terengganu pada pagi esoknya,kira-kira pukul 4.30 pagi.Dari stesen bas ekspress Kuala Terengganu anda akan disambut oleh ramai pemandu kereta sewa yang sedia berkhidmat untuk anda pada awal pagi,selain itu terdapat juga pemandu kereta prebet sapu juga yang sedia berkhidmat untuk anda(prebet sapu=kereta sewa haram).Anda tidak perlu takut,pemandu-pemandu kereta sewa atau prebet sapu ini kebanyakannya adalah warga tua yang peramah dan baik hati walaupun mereka memberi perkhidmatan secara haram.walaupun begitu anda boleh membuat pilihan kerana terdapat juga teksi yang memberi perkhidmatan pada awal pagi.Anda hanya perlu memaklumkan kepada mereka anda ingin singgah di mana-mana hotel bajet yang banyak terdapat di Kuala Terengganu,dengan kadar bayaran sebanyak RM100 ke bawah.Untuk bergerak disekitar Kuala Terengganu anda boleh menggunakan Bas Cas Ligas dengan kadar bayaran RM1 atau RM2 untuk anda meronda sebahagian besar Kuala Terengganu.Tempat perhentian dan persinggahan utama bas ini adalah di Taman Shah Bandar berhampiran Pejabat Pos besar berhadapan Istana Maziah.Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bgeca untuk ke persekitaran bandar Kuala Terengganu,selain itu perkhimatan teksi juga mudah didapati sekiranya anda ingin ke tempat yang lebih jauh seperti Muzium,Pulau Wan Man atau Taman Tamaddun Islam.Untuk lebih mudah perjalanan anda,anda hanya perlu lebih banyak bertanya...kerana rakyat Terengganu sentiasa berbangga jika anda sudi ke Terengganu.

Thursday, July 8, 2010

Pasar Payang











Air Laut gelap membiru,
Mendayung perahu ke Pulau Redang,
Kalau datang ke Negeri Terengganu,
Jangan lupa ke Pasar Payang.

Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu mesti berkunjung ke Pasar Payang Terengganu.Pasar Payang adalah satu nama yang cukup gah dan terkenal di Terengganu.Untuk mengenali negeri Terengganu pelancong-pelancong boleh berkunjung di Pasar Payang,di sini mereka boleh lihat pelbagai barangan juga wajah-wajah Terengganu.